Assalamualaikum w.b.t,
Hari ni CD17, kami pergi lagi buat TVS sebab telur tidak membesar pada CD12. Keputusannya, telur membesar sedikit yg majoritinya bersaiz 6x6. Saiz sepatutnya matang 17. Sedih la jugak walaupun dah usaha setiap pagi minum 1 sudu pati delima, 1 botol (250ml) susu kambing, makan 7 biji kurma, after lunch makan multivitamin prenatal formula jenama GNC-1 tablet, makan 1 biji buah kiwi, malam after dinner makan lagi 1 biji buah kiwi. Mungkin x cukup lagi kan ataupun belum sampai lagi rezeki kami.
Masa scan, doc kata dinding rahim x tebal. Doc siap nyanyi2 lagi kecik-kecik.....~~kecik-kecik...~~nape tak membesar ni....~~~ aku jawab dengan 'mm' je. Siap scan, doc tinggalkan aku & nurse untuk bersiap2 kembali. Nurse izzati banyak kali cakap kat aku, sabar ye puan.... Ada 2 orang client kita kes macam ni jugak. Telur lambat matang. Tapi akhirnya berjaya pregnant jugak. Puan jangan stress2 taw...puan jangan stress taw...~~ Aku pelik. Nampak ke muka stress aku ni. Time ni aku gelak je, "eh xla..mana ada saya stress. saya ok je".
Jumpa doc, doc explain kat husband, telur banyak cuma saiz 6x6 je. Tak cukup membesar. Doc kata kita scan lagi sekali after your next cycle period. Kering je darah terus call LPPKN untuk buat appointment TVS again. Husband mencelah, tapi doc period wife saya tak teratur.... bila nak tunggu next period tu? Doc pun, ahah ek! mmmm kalau macam tu saya buat expected date on 14 May 2017. If UPT negative, call LPPKN utk set new appointment. TVS lagi on that day. In case, telur di ovari masih kecil2 dan x membesar. Doc akan refer my case to HSI untuk buat Ovarian Drilling.
Doc kata awak jangan buat muka stress. InshaAllah ada rezeki awak nanti. Ada banyak client saya yang sama kes macam awak. Akhirnya pregnant, dan tak berhenti2 pulak pregnant after that. Rapat-rapat. Jangan sedih2 ok.
Bila doc cakap je jangan sedih2 tu. Terus mengalir airmata aku tumpah ke pipi. Pandang husband. Mulut senyum kelat. Doc kata alaaa jangan la nangiss......saya jawab, doc la ni tegur jangan sedih....kan saya dah sedih...."ambil tisu dalam handbag dan seka air mata". Doc jawab, alaaa salah saya la ni..sorry2...
Hahaha...tau takut doc....
Ok settle dengan doc, kami jumpa nurse zaty untuk buat payment, ambil time slip dan set new appointment. Akhir kata, masa nak balik tu zaty pesan lagi, "puan jangan stress taw...jangan sedih2.." Saya jawab dengan gelak kecil, takdelah...saya dah ok...awak tolong doakan kami yang baik-baik ye". Thanks zaty, terharu awak prihatin sangat.
Balik tu dalam kereta bila dengar kata-kata dari Al-Fadhil suami, meleleh2 lagi air mata. Rasanya setiap kali pulang dari LPPKN memang aku akan menangis dalam kereta. Lagi2 bila dengar kata-kata semangat dari hubby. Husband kata doc tu bagus...dia x pernah bagi client dia rasa down...dia sentiasa suntikkan semangat dan kata-kata bahawa segalanya atas kekuasaan Allah. Kita hanya perlu berdoa, berusaha dan bertawakal sahaja. Husband kata doc x kenal lagi aku ni siapa....."sayang ni tak boleh ditegur..memang menangis lah.." hahahha. He knows me so well!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Checkup @ 14w 2d pregnancy.
Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...
-
Assalamualaikum wbt, Hari ni hari yang ditunggu-tunggu untuk kerisauan yang melanda hati I sejak sekian lama. I kadang2 pernah terfiki...
-
Assalamualaikum w.b.t, Sampailah masa yang ditunggu2 selepas makan clomid dan injection gonal-f untuk 5 hari. Masa kat kampung hari tu sem...
-
12/02/2017 (Ahad) kami ke LPPKN semula untuk cek samada telur I dah matang atau belum. Appointment pukul 11 tapi kami sampai lewat dalam p...
No comments:
Post a Comment