Result scan CD12 kelmarin amat menyedihkan. Bila scan my ovary (kilang telur wanita), takde satu pun telur yang matang dan boleh dipecahkan untuk proses IUI. Semua kecil2 je. Sedih. Tapi I sembunyikan. Bibir masih mampu mengukir senyuman sambil menatap LCD screen dan berharap doc jumpa telur yang sesuai. Sambil tu dengar doc cakap, sah polycystic ni, telur kecil2. Cycle sebelum ni ada juga 3 telur yang besar. Cuma belum ada rezeki lagi. Doc cakap kilang telur I tak react dengan ubat yang diberi.
Done scan, doc terus jumpa husband. I pun ambil tempat sebelah husband untuk dengar penerangan dari doc. Aku pandang husband bila doc cakap takde telur yang matang. Redup pandangannya. Doc kata kita perlu scan lagi pada CD17 iaitu pada 23 April 2017 jam 8.30 pagi. Tengok kalau2 telur yang kecil tadi akan membesar dengan kuasa Allah. Kalau pada waktu itu hingga tarikh scan yg seterusnya masih x react jugak, doc akan refer kes kami ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk buat Ovarian Drilling. Tujuannya, untuk pecahkan telur2 yang sepatutnya pecah tapi x pecah tu. Kos untuk buat di hospital swasta lebih kurang 7k, kalau buat di HSI free sebab kami kerja gov dan boleh guna GL. Tu perancangan doc, kita ikut lah yang mana baik kan. Walaubagaimanapun, kena tunggu result scan pada CD17 nanti. Doc pn pandai ambik hati, dia kata ada beberapa client dia yang telur kecil2 macam I but then they got pregnant! Semuanya kuasa ALLAH. U just put your trust on HIM.
Thanks doc!
Selesai urusan dengan doc, jumpa nurse izzati untuk set new appointment, proses pembayaran dan ambil time slip. Untuk kali ni tiada ubat diberi sebab tiada telur yang matang. So, kami hanya bayar kos untuk khidmat doc dan TVS.
Kos for today:
Caj Doc : RM 10.00
TVS : RM 20.00
FYI:
Ovarian drilling, done during laparoscopy, is a procedure in which a laser fibre or electrosurgical needle punctures the ovary 4 to 10 times. This treatment results in a dramatic lowering of male hormones within days and is often performed in women who have polycystic ovary syndrome (PCOS).
Polycystic ovarian syndrome (PCOS) is a condition in which a woman's levels of the sex hormones estrogen and progesterone are out of balance. This leads to the growth of ovarian cysts (benign masses on the ovaries). PCOS can affect a women's menstrual cycle, fertility, cardiac function, and appearance.
Jelas?
No comments:
Post a Comment