CD 4.
Appointment dengan doktor di LPPKN. Jam 2 petang.
Husband lewat sangattt sampai rumah sebab ramai orang datang ofis nak jumpa dia. Huk2.
Call LPPKN inform lewat sampai. Set new appointment pukul 3.30 petang. Kami sampai park kereta jam 3.20 petang camtu.
Masuk terus terjah toilet untuk urusan peribadi. kah2
Jumpa nurse Izzati kali ni sebab Eka tengah on duty di LPPKN Pontian. Dengan Izzati ni lain pula caranya, rindu pulak kat Eka yang lebih sempoi layanannya.
Nurse bagi ubat dan tunjukkan cara untuk bancuh ubat tu. Fokus hubby mendengar. Ubat sebelum ni ready made so tinggal pasang dan tukar jarum then terus cucuk ke perut, tapi kali ni kena bancuh-bancuh dulu ubat injection tu. I kurang confident sebenarnya sebab nampak muka hubby nervous. Tapi nak tak nak kena buat jugak kan Sian awak.......tapi kesian lagi saya yang akan dicucuk ni. Hahaha... Tq b! Macam mana sakitnya? I dengan Allah je yang tahu. Demimu zuriat. T_T
So,
Medicine for today;
1. Clomid = 16 biji (2biji/sehari) selepas makan.
[CD3 - CD10]
2. Suntikan Gonal-F = 4x suntikan. inject di perut pada waktu yang sama. jarak 2 jari daripada pusat. [CD4,CD6,CD8,CD10]
Macam mana rupa gonal-f? rasanya sebelum ni dah share dah. tapi takpelah. share lagi sekali. hehe
Haa seperti gambar diatas. Yang 1st tu masa IUI 1st cycle. Now, 2nd for IUI 2nd cycle. Yaaa kan beda tu.......
Cost for today!
*tak termasuk duit minyak kereta ye dari mersing ke skudai.
Clomid RM 3.90 x 16 biji = RM 62.40
Gonal-F RM 99.00 X 4 batang = RM 396.00
Total = RM 458.40
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terima kasih suami sebab sanggup berhabis duit demi saya dan bakal anak-anak kita.
Sob2.
No comments:
Post a Comment