Wednesday, 6 September 2017

Pengalaman pertama jalani IUI di HSI

Assalamualaikum w.b.t,

Sampailah masa yang ditunggu2 selepas makan clomid dan injection gonal-f untuk 5 hari. Masa kat kampung hari tu semua orang dok tengok husband inject perut i.

Saja bagi depa tengok. How far i can challenge myself.

Ok.

Appointment hari ni 6/9/17 pukul 8.00 pagi.

By 7.30 am kami dah beratur untuk dapatkan no giliran. No diberi:


Bayaran untuk follow up case cuma RM 5 sahaja.😊



Dalam pukul 8.45 am nombor dipanggil. 

Masuk lab. 

Diberi container (ada sticker nama isteri kat situ utk elakkan tersalah ambil sperm orang lain pulak nanti)  untuk husband keluarkan semen dia. Kat situ ada disediakan bilik khas untuk patient. Husband and wife boleh masuk dan ambik sebanyak masa anda mahu untuk tujuan tersebut. 

Tu pintu masuk.

 Pintu tu scary. Selak dah patah. Orang boleh tolak dari luar. Tapi x terbuka la sebab ada katil ka. But, still rasa unsecured. Adoiyai...

Tu pintu ke toilet.

Husband buat kerja dia, i pun tidur. Tapi x nyenyak sebab perut krak kruk time tuh. Lapar.

9.30 am selesai.

Kami masukkan semen tadi dalam fridge.

Then, nurse bagi masa dalam 1-2 jam untuk weolls pergi makan dan kembali dengan full bladder which means pundi kecing yang penuh. Tujuannya bagi memudahkan proses iui tu nanti. Bila pundi kencing penuh, dia akan menolak rahim kita ke depan.

So kami pun turun cafe bawah untuk menikmati breakfast 🍳.

I makan nasi ayam panggang n husband makan kueh teow goreng.

Dalam masa menunggu tu i minum 2 liter air ok!!!!!

Rasa nak pecah pundi kencing den.

Nurse pesan datang balik bila dah rasa nak kencing sangat2, then time tu kalau doc busy, boleh kencing but kena isi semula lah.

Fuh! Dengar camtu, x sanggup i nak penuhkan semula. Mau muntah air karang.

Bila rasa nak kencig sgt2 tu kami pergi bagitau nurse, nurse kata tunggu lagi 5 minit eh.

I bagi lebih pada nurse.

10 minutes later we came.

Ok, doc n nurse dah ready.

Masuk operation room.





Husband x boleh masuk. Kena tungu kat luar.

10.40 am macam tu procedure dimulakan. Kami bertiga je dalam bilik tu. Me, doc n nurse. Doktor Lee yg baik tu yg buat. Suka3....

Buka seluar dalam, pakai kain diberi. Baring dan kaki tergantung macam nak beranak tu....masukkan muncung itik....krekk krekkk krekkk bunyi besi skru diketatkan.....masa ni dok tarik nafas lepas tarik nafas lepas......

Doc suruh selawat dan baca doa.(Doc Chinese eh)  Relax....

Doc nak masukkan ubat.....poppp....

25 million/40 millions  sperm dimasukkan dalam rahim I.

Senak! But still cool.

Wait for 15 min then doc keluarkan tiub tu.

Ok lunjur kaki n senget ke sebelah kiri sikit sebab kat ovary kiri ada 1 dominant follicles yg akan cantik dan besar.

Then,

Doc tanya husband pakai baju apa n nama apa. Doc nak panggil masuk dalam bilik tuuntuk bacakan doa. But doc xjumpa.

I cuba capai2 fon bawah katil tapi tak sampai.

Nurse, boleh tolong ambilkan handbag saya kat bawah ni?
Dia jawab kejap eh...sambil rendahkan katil I.

Then I boleh capai fon n call my husband suruh masuk dalam.

Husband masuk kami baca doa sama2.

Lepas tu suh husband snap gambar I atas katil.

Bedrest about 1/2 hours tapi rasa macam setahun lamanya sebabnya xtahan nk kencing sangatttt2...

Masa ni asyik cakap kat husband, b tolong tanya nurse dah boleh bangun tak?

Husband kata sabar...belum 1/2 jam, jangan fikir.

I masa ni rasa macam nak kencing je atas tilam tu. alihkan fikiran sampai I pi kira lampu n syiling kat atas tu. haha.

Nyanyi, zikir, mengaji, masih xley alih perhatian gak. Mau taknya, 2 liter air beb!

After 1/2 jam, kami minta izin untuk balik. Masa ni dah jalan kemat kemut. Macam orang baru lepas bersalin. Bezanya tak bawa baby je dalam dakapan. T_T. Husband pergi farmasi ambil ubat untuk kuatkan rahim.

Husband gi ambil kereta kat parking, I tunggu je depan pintu hospital tu sebab tak boleh jalan sangat. Senak!

Doktor pesan tunggu dalam masa 2 minggu (2WW) then cek UPT.

Call HSI bagitau samada +ve atau -ve.

Next appointment 12/12/2017 (2.30pm) untuk follow-up case.

Doakan saya ye kawan2.

Moga ada rezeki untuk kami bulan ini. Amin.

1 comment:

  1. Dear, hows the result? praying for the best for both of u n husband ya. I'm also on TTC so kinda know that feeling. Goodluck!

    ReplyDelete

Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...