Tuesday, 19 September 2017

Pregnancy Test after 2ww IUI!

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni hari yang dinantikan oleh kami suami isteri.

(19/09/2017) Rabu.

Kira detik bersejarah dalam hidup.

Lama kami tunggu.

2ww umpama 2 tahun penantian & 3 tahun umpama 30 tahun.

Jam 5.00 pagi aku terjaga dari tidur. Malamnya seperti malam-malam yang lain. Kami sujud menghadap yang Esa setiap kali sebelum tidur. (Solat Hajat berjemaah setiap hari)

Pagi ni aku kena buat UPT Test. Debor-debor.

Keputusan keluar tepat azan subuh berkumandang.

Husband yang tengok dulu sebab dia memang pesan "nanti syg tak payah tengok, biar b tengok dulu"

Aku akur.

Faham sebab apa dia minta macam tu. Dia yang kenal isteri hati tisu dia. Hehe

and the result is ...................................................................................................................

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Keluar2 toilet terus cari hubby, dia nyorok belakang pintu. "Muka biasa"

Berdasarkan air muka dia, aku syak berita mengecewakan. Sama macam sebelum2 ni.

Dia hulur UPT tu. Aku tengok blurr....

Pandang hubby, betul ke yang??Positive??






Hubby angguk. Terus menerpa peluk husband. Kami menangis sama-sama. Menangis gembira. "3 tahun kita tunggu sayang, akhirnya Allah makbulkan doa kita". Sayang pergi sujud syukur cepat.

Aku pun terus sujud syukur. Rupanya husband dah buat tadi masa aku masih dalam toilet.

Lepas sujud syukur aku tengok balik UPT tu. Kami duduk atas katil sama-sama. Macam tak percaya rasanya.

Then aku try lagi guna UPT strips pulak. Hasilnya sama. Two lines!

Ya Allah happynya kami rasa time tu.

Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa kami setelah 3 tahun KAU uji kesabaran dan kesetiaan kami.


No comments:

Post a Comment

Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...