Monday, 4 September 2017

Appointment untuk TVS this cycle.

Assalamualaikum w.b.t,

Tarikh ditetapkan untuk buat TVS ialah pada CD12.

Call HSI on your 1st period, then nurse yang akan decide untuk TVS bila sebab masa CD12 tu jatuh hari cuti, so drag ke CD14 iaitu hari Isnin (04/09/2017) pukul 9.00 pagi.

Masa kat kampung kami dok bincang, eh! 4 Sept kan PM bagi cuti. Risau la pulak klinik tutup. Kami pun call HSI, kaunter kata klinik bukak on that day.

4 Sept 2017 - 9:00 AM

8.30 dah sampai HSI. Macam biasa ambik no giliran, tunggu no dipanggil, ke kaunter pendaftaran untuk buat bayaran RM 5.00. Then masuk ke klinik, Kaunter 4 - Obstetrics and gynaecology.

Dropkan kad appointment dalam box yang disediakan ikut waktu appointment. Kalau appointment pukul 9, drop box pukul 9 ok jangan ngada2 awalkan ke depan kalau nak kena maki dengan nurse yang kerek tu. hehe

Kali ni nurse malay, layan kita dengan baik.

Nurse siap pesan gi breakfast dulu sebab no giliran kita lama lagi nak tiba. Bagitau cafe ada kat tingkat bawah.

So, ajak husband untuk breakfast dulu.

Makan nasi sikit, lauk peria dan tauhu jepun. Air mineral. Husband makan nasi ayam. Air mineral.
*tu pun nak bagitau. ah lantak arr.... :P

Sampai masa nama dipanggil untuk masuk Bilik 1.
Doktor Lee (chinese women)
*baik, sopan, lembut, positive

Doktor rekod result semen analysis yang kami bawa sebab b4 this tertinggal masa nak bagi Doktor Nurul haritu.

Doktor kata ok cuma ada some part yang kurang memberangsangkan.

So apa2 pun mari kita scan dulu.

TVS dibuat di bilik lain. Hubby tunggu depan bilik scan tu.

Punya la nervous.

Alhamdulillah ada 4 telur dominant. Besar, bulat dan sihat!

Ya Allah sukanya masa tengok tu. Perasaannya macam tengok baby dalam scan tu.

Doc  Lee kata kali ni mesti pregnant punya! Balik sila berhubung dengan suami ye.

Keluar je bilik doc cakap pada husband telur banyak.... sambil bawa result scan yang telah di print.

Di bilik consultation, doktor rekod dalam sistem result telur tadi.
Ada 4 telur dominant dengan size yang sangat sesuai untuk buat TVS.

Doktor kata boleh dapat kembar 3 ni!!!

Risiko untuk get "Multiple Pregnancy".

Kami dengar macam nak nangis n sujud syukur semua lah.

Padahal tu baru telur, belum dapat berita pregnant lagi! haha. Excited!!

Alhamdulillah syukur...terima kasih Allah kerana membesarkan telurku dengan jayanya.
:))))))


*lupa nak snap gambar telur2 mama tu. huk2


No comments:

Post a Comment

Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...