Wednesday, 25 October 2017

CheckUp @ 9 week pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam (24 Oct 2017 pukul 2.00 pm) ada last appointment dengan Doktor Lee di HSI. Next appointment masa nak bersalin nanti.

Pukul 12.30 pm dah keluar ofis untuk isi minyak then terus gerak ke HSI. Kali ni pergi sendiri sebab husband outstation 3 hari di Pontian. Nak tak nak kena la pergi juga kan. Hakikatnya sangatlah malas nak drive kereta selain daripada ulang alik pergi pejabat sahaja.

Pukul 1.30 sampai Kaunter Pendaftaran. Ambik no. giliran. Tunggu giliran untuk ke Kaunter Bayaran. Bayar RM5 je untuk kes ulangan rujukan dari klinik kerajaan.

Masa nak bayar, tiba2 staff tu kata nama kita tak ada dalam sistem untuk appointment hari ni. I kata lah yang doktor personally call me. Then dia suruh pergi klinik cakap dengan nurse. Masa tu 1.40 pm klinik tak buka lagi. Menunggu la sampai 2.15 pm baru nurse ada kat kaunter. Jumpa nurse Indian yang baik tu. Explain. Then dia automatically remember me as patient yang buat IUI before this. Dia kata puan duduk dulu, nanti saya masukkan nama puan dalam sistem.

2.30 pm nurse bagi semula kad appointment n dah boleh buat bayaran.

Pergi semula kaunter pendaftaran, ambik nombor baru. Lebih kurang 25 orang jugak menunggunya...... Bila sampai Kaunter Bayaran, nurse kata kenapa ambik nombor baru..? tak payah boleh datang je ke kaunter.... haha mana den tau..... penat je menunggu. cehh.



Dalam pukul 3.30 pm macam tu letak kad appointment dalam box di Kaunter Klinik O&G. Pukul 4.00 pm nombor dipanggil masuk dalam Bilik 9 (Bilik Doktor Lee) Yeaaahh....

Hai doktor!

Aik hari ni datang sorang?
Ahah...husband outstation 3 hari... terpaksa pergi sendiri.
Ok, jom kita scan tengok baby.

*Baring atas katil.

Doktor Lee:
Haaa... tu baby. Dah besar dah dia...
Tu heartbeat baby....
8w5d.... length 20.8 mm.
Baby membesar 1 hari = 1 mm


Me:
*Keep smiling*
Syukur Alhamdulillah....
Doktor, mesin ni boleh print tak?

Doktor:
Boleh... kejap saya print. Tapi better you snap gambar sebab print ni nanti lama2 dia hilang....

Me:
Alaa...handphone kat handbag.... (husband pulak takde) T_T
Takpela nanti snap kertas print tu.

Doktor Lee:
Kalau ikut scan 8w 5d, kalau ikut date berapa?

Me:
9w doktor.

Doktor Lee:
Ok beza sikit je, kalau macam tu saya tak perlu ubah tarikh EDD ye.
Ok. Done.

-----Kembali ke meja doktor----

Doktor buat report, doktor kata nanti kita jumpa lagi bila nak dekat bersalin nanti.
Mungkin lepas ni terus dapat yang no.2,3,4 sebab kita dah tak stress. Kita confident kita boleh pregnant. Hopefully bersalin normal.


No comments:

Post a Comment

Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...