Assalamualaikum w.b.t,
Semalam (15/10/2017) Ahad jam 9.15 pagi di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Kota Tinggi.
Pagi macam biasa morning sickness tu datang. "Bos tegur, awak tak sihat ke? pergilah klinik." *bos tak tau lagi I pregnant. hehe
So, dalam pukul 9.30 am sampai klinik. Dekat je dari ofis, 5-10 minit sampai dah. *termasuk masa mencari parking.
1st: Pergi kaunter. Nurse, saya nak buat buku pink. Nurse minta: salinan sijil nikah, salinan ic suami & isteri. Nurse tanya anak ke berapa & pernah keguguran?
2nd: Tunggu nama dipanggil. Masuk bilik pemeriksaan & pendaftaran pertama kali. Nurse tanya2 sambil isi details dalam buku pink tu.
Antara maklumat yang ditanya; ketinggian/taraf pendidikan/jawatan/alamat rumah/pekerjaan dan tempat kerja suami/suami merokok atau tak/sejarah kesihatan ibu mengandung/sejarah kesihatan ibu & bapa kepada si ibu tadi. Done! Nurse suruh duduk kat luar. Tunggu hingga dipanggil.
3rd: Nama dipanggil di Kaunter Pertama tadi. Diberi buku pink yang dah dikepilkan dengan beberapa query card yang I pun tak faham apa maksudnya. Disuruh kebilik 10 untuk buat ujian air kencing & ujian darah (hb). Menggagau jugak cari bilik 10. Rupanya "Makmal". Tinggalkan buku dalam box yang disediakan. Ambil cup untuk isi air kencing. Pergi kencing. Then tinggalkan cup tu di tingkap kecil sebelah makmal. Tunggu lagi hingga nama anda dipanggil. 15 min kemudian nama dipanggil, nurse minta buka cup air kencing kita tu, dia celup strip then minta kita basuh cup tu, simpan and bawa bersama setiap kali appointment. Then menunggu lagi nama dipanggil untuk ambil darah. Lepas ambil darah....
4rd: Bilik 8 (Bilik Timbang). Tinggalkan buku pink dalam box luar bilik. Tunggu nama dipanggil. Then timbang berat. Tu je. Sempat lagi nurse ajak gossip patient belakang I. #ramah
5rd: Bilik 2. Pemeriksaan terperinci oleh nurse. 15 min kemudian, nama dipanggil. Jumpa nurse india, baik orangnya. Dia suruh baring atas katil. buka bra dan angkat baju. Pemeriksaan mata, tiriod, payudara & perut. Pemeriksaan payudara tu untuk pastikan bahawa payudara kita sesuai untuk menyusukan anak nanti. Puting pun dibelek2nya. Ngilu uolls.... Dia kata "good" puting macam ni normal dan sesuai untuk penyusuan. Dia explain ada 3 jenis puting (timbul, leper, tenggelam). Perut pula ditekan2, nurse cakap saya tak rasa lagi maybe sebab kecil lagi. Tunggu nanti 3-4 bulan. Lepas tu nurse explain keperluan2 ibu mengandung. simptom2nya...dll...
6th: Pergi semula Bilik 10 (Makmal) untuk ambil darah dalam 1 tube. Banyak jugak. Tak pasti untuk apa. Lama tunggu masa ni. Padahal dah tak ada orang dah. 15-20 minit I tunggu untuk nama dipanggil. Then ambil darah dalam 1 tube. I tak tengok sebab takut. haha
7th: Pergi ke Kaunter Farmasi untuk ambil ubat.
8th: Pergi meja nurse untuk ambil tarikh untuk next appointment. 16/11/2017 Jam 8 pagi.
Jam 12.15 Tengah Hari .... Selesai ...
Sepatutnya kena pergi Klinik Pergigian untuk buat pemeriksaan gigi untuk ibu mengandung tapi perut dah lapar. So, I decided untuk pergi esok lusa lah. huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Checkup @ 14w 2d pregnancy.
Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...
-
Assalamualaikum wbt, Hari ni hari yang ditunggu-tunggu untuk kerisauan yang melanda hati I sejak sekian lama. I kadang2 pernah terfiki...
-
Assalamualaikum w.b.t, Sampailah masa yang ditunggu2 selepas makan clomid dan injection gonal-f untuk 5 hari. Masa kat kampung hari tu sem...
-
12/02/2017 (Ahad) kami ke LPPKN semula untuk cek samada telur I dah matang atau belum. Appointment pukul 11 tapi kami sampai lewat dalam p...
No comments:
Post a Comment