Wednesday, 25 October 2017

CheckUp @ 9 week pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam (24 Oct 2017 pukul 2.00 pm) ada last appointment dengan Doktor Lee di HSI. Next appointment masa nak bersalin nanti.

Pukul 12.30 pm dah keluar ofis untuk isi minyak then terus gerak ke HSI. Kali ni pergi sendiri sebab husband outstation 3 hari di Pontian. Nak tak nak kena la pergi juga kan. Hakikatnya sangatlah malas nak drive kereta selain daripada ulang alik pergi pejabat sahaja.

Pukul 1.30 sampai Kaunter Pendaftaran. Ambik no. giliran. Tunggu giliran untuk ke Kaunter Bayaran. Bayar RM5 je untuk kes ulangan rujukan dari klinik kerajaan.

Masa nak bayar, tiba2 staff tu kata nama kita tak ada dalam sistem untuk appointment hari ni. I kata lah yang doktor personally call me. Then dia suruh pergi klinik cakap dengan nurse. Masa tu 1.40 pm klinik tak buka lagi. Menunggu la sampai 2.15 pm baru nurse ada kat kaunter. Jumpa nurse Indian yang baik tu. Explain. Then dia automatically remember me as patient yang buat IUI before this. Dia kata puan duduk dulu, nanti saya masukkan nama puan dalam sistem.

2.30 pm nurse bagi semula kad appointment n dah boleh buat bayaran.

Pergi semula kaunter pendaftaran, ambik nombor baru. Lebih kurang 25 orang jugak menunggunya...... Bila sampai Kaunter Bayaran, nurse kata kenapa ambik nombor baru..? tak payah boleh datang je ke kaunter.... haha mana den tau..... penat je menunggu. cehh.



Dalam pukul 3.30 pm macam tu letak kad appointment dalam box di Kaunter Klinik O&G. Pukul 4.00 pm nombor dipanggil masuk dalam Bilik 9 (Bilik Doktor Lee) Yeaaahh....

Hai doktor!

Aik hari ni datang sorang?
Ahah...husband outstation 3 hari... terpaksa pergi sendiri.
Ok, jom kita scan tengok baby.

*Baring atas katil.

Doktor Lee:
Haaa... tu baby. Dah besar dah dia...
Tu heartbeat baby....
8w5d.... length 20.8 mm.
Baby membesar 1 hari = 1 mm


Me:
*Keep smiling*
Syukur Alhamdulillah....
Doktor, mesin ni boleh print tak?

Doktor:
Boleh... kejap saya print. Tapi better you snap gambar sebab print ni nanti lama2 dia hilang....

Me:
Alaa...handphone kat handbag.... (husband pulak takde) T_T
Takpela nanti snap kertas print tu.

Doktor Lee:
Kalau ikut scan 8w 5d, kalau ikut date berapa?

Me:
9w doktor.

Doktor Lee:
Ok beza sikit je, kalau macam tu saya tak perlu ubah tarikh EDD ye.
Ok. Done.

-----Kembali ke meja doktor----

Doktor buat report, doktor kata nanti kita jumpa lagi bila nak dekat bersalin nanti.
Mungkin lepas ni terus dapat yang no.2,3,4 sebab kita dah tak stress. Kita confident kita boleh pregnant. Hopefully bersalin normal.


Monday, 16 October 2017

Buka Buku Pink Colour!

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam (15/10/2017) Ahad jam 9.15 pagi di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Kota Tinggi.

Pagi macam biasa morning sickness tu datang. "Bos tegur, awak tak sihat ke? pergilah klinik." *bos tak tau lagi I pregnant. hehe

So, dalam pukul 9.30 am sampai klinik. Dekat je dari ofis, 5-10 minit sampai dah. *termasuk masa mencari parking.

1st: Pergi kaunter. Nurse, saya nak buat buku pink. Nurse minta: salinan sijil nikah, salinan ic suami & isteri. Nurse tanya anak ke berapa & pernah keguguran?

2nd: Tunggu nama dipanggil. Masuk bilik pemeriksaan & pendaftaran pertama kali. Nurse tanya2 sambil isi details dalam buku pink tu.

Antara maklumat yang ditanya; ketinggian/taraf pendidikan/jawatan/alamat rumah/pekerjaan dan tempat kerja suami/suami merokok atau tak/sejarah kesihatan ibu mengandung/sejarah kesihatan ibu & bapa kepada si ibu tadi. Done! Nurse suruh duduk kat luar. Tunggu hingga dipanggil.

3rd: Nama dipanggil di Kaunter Pertama tadi. Diberi buku pink yang dah dikepilkan dengan beberapa query card yang I pun tak faham apa maksudnya. Disuruh kebilik 10 untuk buat ujian air kencing & ujian darah (hb). Menggagau jugak cari bilik 10. Rupanya "Makmal". Tinggalkan buku dalam box yang disediakan. Ambil cup untuk isi air kencing. Pergi kencing. Then tinggalkan cup tu di tingkap kecil sebelah makmal. Tunggu lagi hingga nama anda dipanggil. 15 min kemudian nama dipanggil, nurse minta buka cup air kencing kita tu, dia celup strip then minta kita basuh cup tu, simpan and bawa bersama setiap kali appointment. Then menunggu lagi nama dipanggil untuk ambil darah. Lepas ambil darah....

4rd: Bilik 8 (Bilik Timbang). Tinggalkan buku pink dalam box luar bilik. Tunggu nama dipanggil. Then timbang berat. Tu je. Sempat lagi nurse ajak gossip patient belakang I. #ramah

5rd: Bilik 2. Pemeriksaan terperinci oleh nurse. 15 min kemudian, nama dipanggil. Jumpa nurse india, baik orangnya. Dia suruh baring atas katil. buka bra dan angkat baju. Pemeriksaan mata, tiriod, payudara & perut. Pemeriksaan payudara tu untuk pastikan bahawa payudara kita sesuai untuk menyusukan anak nanti. Puting pun dibelek2nya. Ngilu uolls.... Dia kata "good" puting macam ni normal dan sesuai untuk penyusuan. Dia explain ada 3 jenis puting (timbul, leper, tenggelam). Perut pula ditekan2, nurse cakap saya tak rasa lagi maybe sebab kecil lagi. Tunggu nanti 3-4 bulan. Lepas tu nurse explain keperluan2 ibu mengandung. simptom2nya...dll...

6th: Pergi semula Bilik 10 (Makmal) untuk ambil darah dalam 1 tube. Banyak jugak. Tak pasti untuk apa. Lama tunggu masa ni. Padahal dah tak ada orang dah. 15-20 minit I tunggu untuk nama dipanggil. Then ambil darah dalam 1 tube. I tak tengok sebab takut. haha

7th: Pergi ke Kaunter Farmasi untuk ambil ubat.

8th: Pergi meja nurse untuk ambil tarikh untuk next appointment. 16/11/2017 Jam 8 pagi.

Jam 12.15 Tengah Hari .... Selesai ...

Sepatutnya kena pergi Klinik Pergigian untuk buat pemeriksaan gigi untuk ibu mengandung tapi perut dah lapar. So, I decided untuk pergi esok lusa lah. huhuhu

Appointment 10/10/2017 @HSI after IUI result

Assalamualaikum,

Hari ni 10/10/2017 (Selasa) Jam 2.00 pm,

Appointment dengan doktor di HSI.

Jam 12.00 pm kami dari office, sampai HSI dalam pukul 1.00 pm.

Kami lunch & solat dulu. Then baru ambil nombor giliran.

Pukul 3.15 pm baru nama dipanggil untuk masuk ke Bilik 09, bilik Doktor Lee.

Sebelum tu memang berdoa dapat jumpa Doc Lee sebab selesa dengan dia. Doc pun baik sangat. One more thing, dia yang buat IUI kami.

"Hye doktor......"

Suka doktor bila weolls bagitau result UPT +ve.

Doc kata jom kita scan. Tengok ada baby tak.

Letak je alat scan tu terus doc kata. Eh! dah nampak dah.....

Ada kantung.....ada yolk sac..... biasanya kalau ada yolk sac ni memang jadi lah. Fungsinya sebagai makanan untuk baby. Buat masa sekarang embrio masih makan makanan yang dibekalkan dari kilang ovari.

Doc tanya ada bleeding tak? No. Ada breast tenderness? Yes. Ketara sangat doktor... menegang sentiasa dan sakit bila disentuh. Yes! tu bagus maknanya hormon you bertindak dengan betul. Ada muntah2? Ada doc, but no so serious yet. Boleh diatasi lagi.

Selesai scan, doc buat report.

Hari pertama last period: 22 Ogos 2017
Tarikh IUI: 06 Sept 2017
Expected Due Date: 29 May 2018

Now 7 weeks!



Hye baby! :)

..........................................................................................................................

Sepatutnya doc kata kita tak akan ada perjumpaan lagi until ur deliver the baby nanti. So, thats mean tak ada tarikh untuk next appointment. Nurse bahagian O&G semua wish tahniah pada kami masa nak balik tu. Malu pulak rasanya. Hehe

But,

Keluar je dari pintu pagar HSI, dapat call dari klinik. Doktor Lee bercakap, doc refer pada doc pakar. Doc pakar minta weolls repeated scan after 2 weeks. Untuk make sure baby ada & sihat before serahkan kami pada Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kota Tinggi.

Tarikh next appointment will be on 24 Oct 2017 (Tuesday@2pm).

Tuesday, 10 October 2017

Call HSI to inform the results.

Assalamualaikum w.b.t,

25/09/2017 (Isnin)

Call HSI inform pada nurse yang keputusan UPT after IUI pada 06/09/2017 haritu POSITIF.

Nurse tanya nama dan no. IC. Dia tanya doktor dulu then dia akan call balik.

After 1 hour, nurse call and inform next appointment pada 10/10/2017 (Selasa) pukul 2.00 pm.

Ok, noted! Inform husband untuk apply half day on that day.

Tak sabar nak tengok baby!

Sementara nak menunggu hari ni, setiap hari I check UPT n OPK okeyh! make sure double lines sebab takut. heheh



Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...