Tuesday, 19 September 2017

Pregnancy Test after 2ww IUI!

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni hari yang dinantikan oleh kami suami isteri.

(19/09/2017) Rabu.

Kira detik bersejarah dalam hidup.

Lama kami tunggu.

2ww umpama 2 tahun penantian & 3 tahun umpama 30 tahun.

Jam 5.00 pagi aku terjaga dari tidur. Malamnya seperti malam-malam yang lain. Kami sujud menghadap yang Esa setiap kali sebelum tidur. (Solat Hajat berjemaah setiap hari)

Pagi ni aku kena buat UPT Test. Debor-debor.

Keputusan keluar tepat azan subuh berkumandang.

Husband yang tengok dulu sebab dia memang pesan "nanti syg tak payah tengok, biar b tengok dulu"

Aku akur.

Faham sebab apa dia minta macam tu. Dia yang kenal isteri hati tisu dia. Hehe

and the result is ...................................................................................................................

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Keluar2 toilet terus cari hubby, dia nyorok belakang pintu. "Muka biasa"

Berdasarkan air muka dia, aku syak berita mengecewakan. Sama macam sebelum2 ni.

Dia hulur UPT tu. Aku tengok blurr....

Pandang hubby, betul ke yang??Positive??






Hubby angguk. Terus menerpa peluk husband. Kami menangis sama-sama. Menangis gembira. "3 tahun kita tunggu sayang, akhirnya Allah makbulkan doa kita". Sayang pergi sujud syukur cepat.

Aku pun terus sujud syukur. Rupanya husband dah buat tadi masa aku masih dalam toilet.

Lepas sujud syukur aku tengok balik UPT tu. Kami duduk atas katil sama-sama. Macam tak percaya rasanya.

Then aku try lagi guna UPT strips pulak. Hasilnya sama. Two lines!

Ya Allah happynya kami rasa time tu.

Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa kami setelah 3 tahun KAU uji kesabaran dan kesetiaan kami.


Wednesday, 6 September 2017

Pengalaman pertama jalani IUI di HSI

Assalamualaikum w.b.t,

Sampailah masa yang ditunggu2 selepas makan clomid dan injection gonal-f untuk 5 hari. Masa kat kampung hari tu semua orang dok tengok husband inject perut i.

Saja bagi depa tengok. How far i can challenge myself.

Ok.

Appointment hari ni 6/9/17 pukul 8.00 pagi.

By 7.30 am kami dah beratur untuk dapatkan no giliran. No diberi:


Bayaran untuk follow up case cuma RM 5 sahaja.😊



Dalam pukul 8.45 am nombor dipanggil. 

Masuk lab. 

Diberi container (ada sticker nama isteri kat situ utk elakkan tersalah ambil sperm orang lain pulak nanti)  untuk husband keluarkan semen dia. Kat situ ada disediakan bilik khas untuk patient. Husband and wife boleh masuk dan ambik sebanyak masa anda mahu untuk tujuan tersebut. 

Tu pintu masuk.

 Pintu tu scary. Selak dah patah. Orang boleh tolak dari luar. Tapi x terbuka la sebab ada katil ka. But, still rasa unsecured. Adoiyai...

Tu pintu ke toilet.

Husband buat kerja dia, i pun tidur. Tapi x nyenyak sebab perut krak kruk time tuh. Lapar.

9.30 am selesai.

Kami masukkan semen tadi dalam fridge.

Then, nurse bagi masa dalam 1-2 jam untuk weolls pergi makan dan kembali dengan full bladder which means pundi kecing yang penuh. Tujuannya bagi memudahkan proses iui tu nanti. Bila pundi kencing penuh, dia akan menolak rahim kita ke depan.

So kami pun turun cafe bawah untuk menikmati breakfast 🍳.

I makan nasi ayam panggang n husband makan kueh teow goreng.

Dalam masa menunggu tu i minum 2 liter air ok!!!!!

Rasa nak pecah pundi kencing den.

Nurse pesan datang balik bila dah rasa nak kencing sangat2, then time tu kalau doc busy, boleh kencing but kena isi semula lah.

Fuh! Dengar camtu, x sanggup i nak penuhkan semula. Mau muntah air karang.

Bila rasa nak kencig sgt2 tu kami pergi bagitau nurse, nurse kata tunggu lagi 5 minit eh.

I bagi lebih pada nurse.

10 minutes later we came.

Ok, doc n nurse dah ready.

Masuk operation room.





Husband x boleh masuk. Kena tungu kat luar.

10.40 am macam tu procedure dimulakan. Kami bertiga je dalam bilik tu. Me, doc n nurse. Doktor Lee yg baik tu yg buat. Suka3....

Buka seluar dalam, pakai kain diberi. Baring dan kaki tergantung macam nak beranak tu....masukkan muncung itik....krekk krekkk krekkk bunyi besi skru diketatkan.....masa ni dok tarik nafas lepas tarik nafas lepas......

Doc suruh selawat dan baca doa.(Doc Chinese eh)  Relax....

Doc nak masukkan ubat.....poppp....

25 million/40 millions  sperm dimasukkan dalam rahim I.

Senak! But still cool.

Wait for 15 min then doc keluarkan tiub tu.

Ok lunjur kaki n senget ke sebelah kiri sikit sebab kat ovary kiri ada 1 dominant follicles yg akan cantik dan besar.

Then,

Doc tanya husband pakai baju apa n nama apa. Doc nak panggil masuk dalam bilik tuuntuk bacakan doa. But doc xjumpa.

I cuba capai2 fon bawah katil tapi tak sampai.

Nurse, boleh tolong ambilkan handbag saya kat bawah ni?
Dia jawab kejap eh...sambil rendahkan katil I.

Then I boleh capai fon n call my husband suruh masuk dalam.

Husband masuk kami baca doa sama2.

Lepas tu suh husband snap gambar I atas katil.

Bedrest about 1/2 hours tapi rasa macam setahun lamanya sebabnya xtahan nk kencing sangatttt2...

Masa ni asyik cakap kat husband, b tolong tanya nurse dah boleh bangun tak?

Husband kata sabar...belum 1/2 jam, jangan fikir.

I masa ni rasa macam nak kencing je atas tilam tu. alihkan fikiran sampai I pi kira lampu n syiling kat atas tu. haha.

Nyanyi, zikir, mengaji, masih xley alih perhatian gak. Mau taknya, 2 liter air beb!

After 1/2 jam, kami minta izin untuk balik. Masa ni dah jalan kemat kemut. Macam orang baru lepas bersalin. Bezanya tak bawa baby je dalam dakapan. T_T. Husband pergi farmasi ambil ubat untuk kuatkan rahim.

Husband gi ambil kereta kat parking, I tunggu je depan pintu hospital tu sebab tak boleh jalan sangat. Senak!

Doktor pesan tunggu dalam masa 2 minggu (2WW) then cek UPT.

Call HSI bagitau samada +ve atau -ve.

Next appointment 12/12/2017 (2.30pm) untuk follow-up case.

Doakan saya ye kawan2.

Moga ada rezeki untuk kami bulan ini. Amin.

Tuesday, 5 September 2017

OPK test positive sehari sebelum IUI procedure.

Assalamualaikum w.b.t,

Malam semalam pecahkan telur kan.

Then tunggu 36 Jam (1 hari setengah) untuk ubat tu react n telur tu pecah then we do IUI. So pecahkan telur at 10pm (4/9/17) n IUI at 10am(6/9/17).

Today (5/9/17).

My OPK test sangat2 terang. But kami tak bersama sebab nak jaga kualiti sprem husband yang akan digunakan pada keesokan harinya. Nurse dah pesan sebelum IUI kena puasa bersama selama 3 hari berturut2. Ok tahan nafsu. Hahah



Monday, 4 September 2017

Appointment untuk pecahkan 4 biji telur!

Assalamualaikum w.b.t,

Appointment untuk pecahkan telur malam ni (4/9/17) pukul 10.00 malam.



By 9.30 kami dah sampai Tingkat 4, Bilik Saringan, HSI.




Nurse suruh tunggu pukul 10, then datang kaunter semula.

Tepat 10pm,

Masuk bilik saringan dan bagi ubat pada doktor.

Doktor suruh baring kat mana2 katil.

Tempat tu Bilik Saringan untuk ibu2 mengandung sebelum masuk admit wad. So time tu ada 6 katil. 2 katil ada ibu mengandung, 4 kosong. So, aku pilih lah yang paling tepi sekali. Baring mengiring, then doc cucuk ubat kat bontot. (malu gak time nih) haha tapi apa kan daya.....hadapi lah apa jua rintangan yang datang.

10.45 macam tu kami balik.



OvidrelOvidrel (choriogonadotropin alfa) Injection is the hormone (hCG) that causes the growth and release of a mature egg (ovulation) used to treat certain fertility problems in women. Ovidrel is usually used in combination with another hormone (FSH) that helps cause healthy ovaries to produce eggs.

Appointment untuk TVS this cycle.

Assalamualaikum w.b.t,

Tarikh ditetapkan untuk buat TVS ialah pada CD12.

Call HSI on your 1st period, then nurse yang akan decide untuk TVS bila sebab masa CD12 tu jatuh hari cuti, so drag ke CD14 iaitu hari Isnin (04/09/2017) pukul 9.00 pagi.

Masa kat kampung kami dok bincang, eh! 4 Sept kan PM bagi cuti. Risau la pulak klinik tutup. Kami pun call HSI, kaunter kata klinik bukak on that day.

4 Sept 2017 - 9:00 AM

8.30 dah sampai HSI. Macam biasa ambik no giliran, tunggu no dipanggil, ke kaunter pendaftaran untuk buat bayaran RM 5.00. Then masuk ke klinik, Kaunter 4 - Obstetrics and gynaecology.

Dropkan kad appointment dalam box yang disediakan ikut waktu appointment. Kalau appointment pukul 9, drop box pukul 9 ok jangan ngada2 awalkan ke depan kalau nak kena maki dengan nurse yang kerek tu. hehe

Kali ni nurse malay, layan kita dengan baik.

Nurse siap pesan gi breakfast dulu sebab no giliran kita lama lagi nak tiba. Bagitau cafe ada kat tingkat bawah.

So, ajak husband untuk breakfast dulu.

Makan nasi sikit, lauk peria dan tauhu jepun. Air mineral. Husband makan nasi ayam. Air mineral.
*tu pun nak bagitau. ah lantak arr.... :P

Sampai masa nama dipanggil untuk masuk Bilik 1.
Doktor Lee (chinese women)
*baik, sopan, lembut, positive

Doktor rekod result semen analysis yang kami bawa sebab b4 this tertinggal masa nak bagi Doktor Nurul haritu.

Doktor kata ok cuma ada some part yang kurang memberangsangkan.

So apa2 pun mari kita scan dulu.

TVS dibuat di bilik lain. Hubby tunggu depan bilik scan tu.

Punya la nervous.

Alhamdulillah ada 4 telur dominant. Besar, bulat dan sihat!

Ya Allah sukanya masa tengok tu. Perasaannya macam tengok baby dalam scan tu.

Doc  Lee kata kali ni mesti pregnant punya! Balik sila berhubung dengan suami ye.

Keluar je bilik doc cakap pada husband telur banyak.... sambil bawa result scan yang telah di print.

Di bilik consultation, doktor rekod dalam sistem result telur tadi.
Ada 4 telur dominant dengan size yang sangat sesuai untuk buat TVS.

Doktor kata boleh dapat kembar 3 ni!!!

Risiko untuk get "Multiple Pregnancy".

Kami dengar macam nak nangis n sujud syukur semua lah.

Padahal tu baru telur, belum dapat berita pregnant lagi! haha. Excited!!

Alhamdulillah syukur...terima kasih Allah kerana membesarkan telurku dengan jayanya.
:))))))


*lupa nak snap gambar telur2 mama tu. huk2


Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...