Assalamualaikum wbt,
Hari ni 3rd appointment kitorang di LPPKN Nusa Bestari, Johor.
30/10/2016 jam 9.00 pagi.
Today kita check darah isteri pada CD21 & buat Ujian Pap Smear. Hari ni jugak should be buat Sperm Analysis (SA) husband tapi LPPKN call b4 appointment kata pekerja makmal diorang cuti, al-maklum la cuti deepavali kan...
Appointment pukul 9.00 pagi, jumpa nurse, borak2, ambil darah untuk test tahap pregestrone and I siap request buat test untuk tahu blood group sebab I dah tak ingat blood group I hehehe. Then terus buat bayaran untuk ujian darah tu. Amount tak ingat...nanti dapat resit I update k.... nurse set date for the next appointment. Nurse pesan tak boleh bersama 3 hari sebelum appointment untuk buat SA tu. Nurse siap spesific lagi kata 6hb ni awak last bersama okeyh! haha.
Lepas tu husband tunggu luar sebab nak buat ujian Pap Smear. Buat kat bilik lain. Prosedur lebih kurang HSG bezanya x perlu tukar baju, tak perlu bukak tudung. Bukak kain dan seluar kecik tu je. Baring atas katil, tutup dengan selimut. Cover la sementara nurse buat preparation... pap smear ni nurse sorang je yang buat. Aku nervous gak. Malu nak kangkang depan nurse yang selalu kita jumpa kan... Tapi redha jela...~~~ antara permintaan mengarut, aku minta ubat bius dengan nurse. Nurse kata selama 2 tahun dia kerja aku orang pertama minta ubat bius untuk pap smear. Reaksi di macam nak tampo@nak gelak@hempok aku dengan besen!. Aku gelak aku kata bagus la nurse, mesti saya lekat dalam ingatan nurse kan. haha.... sekejap je proses nya...cuci bawah tu, masuk muncung itik, masuk berus panjang tu, godek2 sikit....masuk kan pula stik kayu tu...godek2...siap!
Tak rasa apa pun...tahu2 siap je. Aku siap tanya eh! dah siap ke nurse?
Nurse jawab2, eh2! nak lagi ke? ee dia nii......haha..aku pun gelak.
Masa nak keluar bilik tu, I perasan mesin timbang. Teringat yang diri ni dah lama benor tak menimbang berat. Minta permission nurse untuk guna penimbang. Siap ajak husband lagi untuk timbang berat dia sekali. Wife 56.6 kg - husband 73.6 kg tak silap. Pengsannnn!!~~~~
Tarikh next appointment:
10/11/2016 (Khamis)
8.30 pagi - Sperm Analysis (SA)
10.00 pagi - Jumpa doktor
*Result Pap Smear.
*Result Blood Test D21 & Blood Type.
No comments:
Post a Comment