Assalamualaikum wbt,
Hari ni hari yang ditunggu-tunggu untuk kerisauan yang melanda hati I sejak sekian lama. I kadang2 pernah terfikir yang fallopian tube I ni tersumbat ke so that sperma laki I tak dapat sampai ke destinasi sepatutnya. Urm...hari ni jawapannya.
Tarikh: 18/10/2016 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Hospital Columbia Asia, Nusajaya, Johor Bahru
Pagi2 lepas breakfast kat rumah, I telan panadol 4 biji yang nurse LPPKN bagi sebagai ubat tahan sakit. Dia suruh makan 1/2 jam b4 sampai hospital, tapi I telan 1 jam b4 sampai hospital. Malas nak makan masa dalam kereta. So makan masa kat rumah sebelum gerak.
Sampai je hospital dengan bantuan Waze & Google Maps (sampai 2 ko hado?) haha. Then parking tak ada...husband suruh I turun kereta and pergi daftar dulu while dia pi cari parking.
Sampai kaunter I pun buka ayat. Assalamualaikum cik, (sebab nampak muda lela) saya ada appointment untuk buat HSG di sini hari ni.
Nurse: ada buat appointment?
Aku: ada. sambil hulur borang yang nurse dari LPPKN tu bagi.
Nurse: minta IC.
Then tunggu la about 2 or 3 minutes untuk didaftarkan, husband pun dah sampai kat sebelah. Lepas siap nurse pulang kan your IC beserta medical card. (siap ada medical card uuu....)
Ok now follow nurse ke bahagian radiology......I tunggu almost 45 minutes sebelum nama dipanggil. sempat lah gi balik toilet 2 kali. nervous barangkali~~~ haha
Bila nama dipanggil, I tanya nurse, husband boleh ikut masuk tak? dia kata x boleh puan. I tanya lagi duduk situ pun tak boleh? sambil tunjuk bangku panjang kat dalam tu. dia kata maaf puan. tunggu luar je boleh. haha. degil kan I? :P
Nervous gak kat dalam tu, dari x-ray kaki, tangan, perut, dada, rahim, kepala semua ada. Nurse suruh I duduk kat satu bangku tu. Then dia explain how was the procedure will going on. Dia tanya dah kahwin berapa lama? ada bersama dalam masa terdekat?
Tunggu about 5 minutes, then dia panggil masuk bilik x-ray. Suruh bukak "semua kecuali bra" (kang terjojol pulak tett) hahahaha....tudung pun I bukak. tapi I dah tanya staff nurse tu doktor perempuan kan? tak ada orang lelaki kan? ye puan. saya dan doktor perempuan sahaja.. ok selamat! pakai pakaian yg tergantung kat situ. Ala macam baju nak operation tu. warna pink, tali kat depan, lengan pendek, labuh paras lutut. ko nak labuh2 buat apa, jap lagi di singkap jugakkk... huhuhu
Then baring kat katil sambil terkangkang...pandang atas ada machine macam "robot" tergantung atas tu. ko tenung jela sampai mati robotcop tu. haha
I malu sebenarnya....tapi fikir nak anak punya pasal, lautan api sanggup ku redahi, ini kan pula terkangkang depan orang. ahhh redah dan redha kan aje la....
Doktor masuk, dengan 1 troli kelengkapan perang dia. I perati je doktor tu. Dia baik..doktor perempuan melayu. nurse pun sama. Doktor tak bercakap pun dengan I, nurse yang jadi juru "bahasa" nya.
Dialog nurse: Ok sekarang doktor cuci dulu yer....ok sekarang doktor masukkan muncung itik...ok sekarang doktor masukkan ubat....tarik nafas....lepas perlahan2....jangan angkat punggung...jangan kemut...jangan meneran....tarik nafas....lepas perlahan2....tarik nafas....lepas perlahan2....tarik nafas....lepas perlahan2....*repeated dialogue. actually ia sgt2 membantu supaya kita 'kurang' rasa senak.
Lepas dorang masukkan dye tu, dorang keluar sebab monitor x-ray tu kat luar. Aku pulak menahan kesakitan macam period pain tahap dewa. rasa macam nak mengepak pun ada...rasa macam nak mengerekot pun ada....mengerekot? bahasa aku, tak paham sudah! :P
Dari 1st masuk dye - posisi kangkang baring - tarik nafas....lepas perlahan2, masuk dye - posisi mengiring ke kiri sikit - tarik nafas....lepas perlahan2, masuk dye - posisi mengiring ke kanan - tarik nafas....lepas perlahan2. Bila doktor puas hati. Ok done! Senak derr....... gigil kaki aku nak bangun masa tu. macam kebas + senak perut.
Nurse bagi pad, suruh tukar baju dan pakai pad yang dia bagi. Lepas tu pergi toilet kat dalam bahagian radiology tu jugak, cuci apa yang patut dan pakai pad or pantyliner yang korang bawa sendiri. I bawa pad kot2 la berdarah banyak kan. Sat agi x berdarah pun....clear pad I.
Keluar je toilet, tunggu jap bang 2,3 minit then result x-ray pun keluar..... nurse kata nanti bawa x-ray ni ke LPPKN ye. I pun tak puas hati, aik tu je. I pun tanya...mmm nurse, macam mana dengan result nya yer...saya x faham baca bahasa medic ni. hehe. Dia kata ok puan, alhamdulillah dua2 tube normal.... yeke? betul ke ni? alhamdulillah...syukur...terima kasih nurse.... drama x I? haha... ofkoz I bersyukur gila, gembira tak terkata. Terima kasih Ya Allah....
Keluar ke pintu Radiology tu terus nampak muka husband yang senyum and tertanya2 keputusannya. I pn senyum la, duduk sebelah dia, alhamdulillah....dua2 tiub normal...tak ada blocked... *muka bahagia.
*atas ni result HSG saya.
Siap pergi kaunter untuk bayaran. Cost for today = RM180.00. Husband bayar. Lepas tu I jalan slow-slow macam baru lepas beranak sebab perut senak. Husband ajak singgah rumah kak long. Tapi melihat keadaan 1 time tu, kitorang cancel n decide terus balik rumah untuk berehat.
*Resit HSG di Columbia Asia
#Next appointment di LPPKN pada 30/10/2016 jam 9.00 pagi.