Wednesday, 14 December 2016

Ambil ubat di LPPKN!

Assalamualaikum wbt,


Nak cerita ikutkan bulan Disember 2016 ni kami akan buat IUI for the 1st time tapi setelah bincang dengan husband, saya tangguhkan sebab bulan 12 ni banyak betul hal kami, hal kerja, hal family, hal bercuti, dll....

Suami mula2 macam kurang setuju sebab dia tak suka nak menangguh2 ni. Tapi pokok pangkal nya badan I yang nak digunakan ni capek banggaattt...I tak ready dari segi fizikal dan mental. So, dia terpaksa mengalah dan mengangguk tanda mengerti.

1st period betul2 lepas I balik dari Jakarta, then terus ikut trip mertua ke Pulau Karimun, Indonesia. Patutnya hari 1st period tu kena call LPPKN utk buat appointment. Lagipun masa tu hari Ahad...memang LPPKN off pun...huhu

Hari ke-3 period, I call LPPKN bagitau nak tangguh IUI. Dia setuju sebab jadual pack + doktor pun takde 2 minggu terakhir tu bercuti akhir tahun katanya. So see the hikmah kan?

Then my husband terfikir "yang, why not kita try conceive naturally but with the helps of clomid utk besarkan telur2 U?"...... "ahah ek...betul jugak tu, tak terfikir pula saya". I call semula nurse to tell her about the ideas. Dia kata ok, dia tanya doktor dulu berapa dos nak diberi.

So, tu yang ke LPPKN hari ni untuk ambil clomid...

I dan husband apply half day hari ni...(*nasib bos I memahami)

Sebelum sampai nurse syafekah ada call bagitau dia ada meeting pengurusan, dia kirim ubat tu pada nurse di kaunter je. Tapi weolls delay sebab tunggu husband sampai daripada office mersing. Dalam pukul 3.00 kami sampai LPPKN. Dalam perjalanan nurse call lagi tanya kat mana sebab tak sampai2...haha...dia ingatkan I tak jadi datang. Sorry nurse kami lambat sikit! hehehe

Ok sampai.

I masuk sorang, husband malas keluar kereta. katnya kejap je kan amek ubat je....

Sat lagi I dah borak2 dengan nurse, husband pun terjongol kat muka pintu. Haaa...tahu pun panas dalam kereta tu, sebab cuaca tengah panas terik kat luar.

Nurse cadangkan kalau husband nak ambil vitamin profotil untuk dia bagus juga. Mana tahu  membantu,
So, kami beli clomid & profotil on that day...

Harga:
1) Clomid (10 biji) = RM 39.00
*makan 2 biji 1 hari. 
*ambil selepas makan
*makan pada waktu yang lebih kurang sama

2) Profotil (1 papan) = RM 100.00
*makan 1 biji 1 hari
*ambil selepas makan


Thursday, 17 November 2016

Take Mercilon!

Assalamualaikum wbt,

Hari ni I dah start makan pil perancang Mercilon untuk turunkan darah period for this month. Kalau takde aral kami nak buat 1st IUI. Doakan kami ye.

Cara makan: 1 biji = 1 hari, makan berterusan selama 21 hari.

3@4 hari lepas biji ke-21 korang makan, InshaAllah period. :)


Sumber: Google

Tuesday, 15 November 2016

Query my medical claim?

Assalamualaikum wbt,


Hai...hari ni nak cerita yang claim we all di query oleh pihak jabatan. Jabatan tak nak tanggung segala kos perubatan kami. Itu pun pihak kewangan yang maklumkan pada husband. Dia kata bos query. Husband pun terus call I minta I send pekeliling perkhidmatan, pekeliling perubatan, dll. I dah study ok sebelum pilih LPPKN sebagai tempat treatment. Claim I bulan ni 300++ husband 50++ je. Hurmm...lepas husband argued dan nyatakan bukti2 dalam pekeliling, now tunggu keputusan je dari jabatan. Kalau ada, ada la...kalau tak dapat, redha jela... keep smile ok? :)






*FAEDAH PERUBATAN dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016




Friday, 11 November 2016

4th appointment LPPKN

Assalamualaikum wbt,


Hari ni kami ada appointment untuk buat ujian Semen Analysis (SA) dan see the doctor.



Pukul 7.00 pagi kami keluar dari rumah ke LPPKN Nusa Bestari, Johor Bharu.



Tepat 8.30 pagi kami sampai, tunggu sekejap then nurse panggil masuk ke Kaunter Makmal. Nurse minta I report HSG yang lepas sebab appointment sebelum ni I tertinggal kat rumah, lupa nak bawak. (masa ODW pun nurse shafekah dah call remind us to bring that x-ray film, kot2 la lupa lagi....hehe) awal2 hubby dah masukkan dalam kereta. Faham sangat wife dia yang 'kuat ingatan' ni... :p Ok, nurse bagi satu mangkuk berisi 2 keping tisu, 1 botol berpenutup kuning, dan 1 note bertulis semoga berjaya! jangan lama2! eh bukan...bertulis SA + See Doctor. 





Kitorang pun masuk bilik 1 tu.. memang khas tempat untuk keluarkan S, ada 2 bilik kalau x silap. Apa ada dalam bilik macam dalam gambar taw....sebab malas nak ulas. hehehe...







9.10 pagi kami pun selesai.....  paham2 la yer. hehe. Bagi sample di Kaunter Makmal. Ada 2 orang staff lelaki kat situ. Sebelum keluar bilik tu segan2 juga ler...hubby tanya siapa nak bawa ni? awak ke saya? I kata awak lah...staff kaunter tu lelaki...segan saya. Masa keluar tu ada 1 pasangan tengah tunggu turn dan 1 lagi ladies tengah tunggu hubby dia keluarkan S sorang2. Diorang berdua ni nak buat IUI on that day. So, semoga berjaya I ucapkan to both of you!



Lepas serahkan sample tu kitorang pun pergi keluar minum memandangkan appointment jumpa doktor pukul 10 pagi.. macam awal lagi kan, kitorang pun tak sempat breakfast pagi tadi. Gi breakfast dekat2 situ je..ada 1 gerai jual nasi lemak. yang bagusnya siap ada tempat duduk lagi. truck kecil tepi jalan jer...tapi ada 2 khemah lengkap kerusi meja untuk pelanggan duduk. boleh la...malas nak pergi jauh2...



Selesai makan, borak2 pun dah. 9.45 pagi kitorang masuk balik dalam LPPKN. Tak nak doktor yang tunggu kita kan. Sat agi...tunggu punya tunggu....pukul 11.15 pagi baru di panggil masuk dalam bilik doktor....doktor selesaikan dulu 2 patient yang nak buat IUI tu....its ok..kami faham doc! nasib LPPKN tu selesa. Aircond sejuk...ada tv...ada air...so 1 jam menunggu tu tak lah terasa sangat.





ok, now nak cerita part jumpa Dr. Azimah:



1. Doc explain result HSG (tengok gambar x-ray tu and tunjuk mana rahim..mana tube...how was the dye flow).

2. Doc explain result Semen Analysis (SA). (quality, quantity, kepekatan, shape, pergerakan)
3. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) = (imbalance hormones)
4. Step/proses IUI (ada 7 step)
5. Cost IUI
6. Supplement + healthy food
7. Abdomen Scan (U nampak kurus tapi lemak ni ha..sambil tekan2 lemak di perut I, hahaha..., rahim cantik, eh! dinding tebal ni macam nak period, hurmmm...sohih pcos, banyak telur kecik2 a.k.a tak matang, doc cakap if body I x react dengan ubat yang di beri nanti, doc akan suggest I buat Ovarian Drilling (OD)).


1 jam dalam bilik doc, then doc suruh masuh bilik nurse shafekah pulak. bilik doc + blik scan + bilik nurse shafekah ni bersambung2 taw..ada pintu antara bersambung antara 1 sama lain. boleh tembus2...I sampai sesat tersalah masuk bilik doc balik. hahaha lawak2.



masa jumpa nurse shafekah:



1. Buat payment RM 113.00



- Consultation Doc = RM 10

- Abdomen Scan = RM 20
- Asid Folic (2 bulan) = RM 3
- Semen Analysis = RM 25
- Mercilon (21 days) = RM 16 *turunkan period
- Clomid (10 biji) = RM 39


2. Kali ni x set-up tarikh next appointment coz appointment next depends on my 1st day of period.



Pukul 12.35 tengah hari kami keluar LPPKN. Dah keluar tu baru perasan time slip lupa nak mintak...So, patah balik mintak time slip untuk husband n wife.



Next appointment will set on my;

CD 1 (call LPPKN)
CD 3 (come LPPKN and take medicine)


Nurse pesan nanti jangan lupa:

- cooler box berisi ais.
- bawa duit RM 500++
- isi borang perubatan 1/09
- ambik surat sokongan HSG aritu sbb buat kat Hospital Columbia Asia kan.


That's all for today...


Thursday, 10 November 2016

Kerana mulut wanita yang banyak cakap.

Assalamualaikum wbt,


Hari ni lari sikit dari topik TTC.... hmm ceritanya semalam ada 1 kejadian yang buat husband I berkecil hati. Malam semalam selepas selesai solat isyak berjemaah, husband I mula buka bicara. Dia tegur secara lembut dan berhemah. Dia tak perlu tekankan secara details pun, I dah tahu salah I. I dah tangkap maksud tersirat yang cuba dia sampaikan. Tepat dan menusuk hati. Moral yang I dapat semalam; Berfikir sebelum bercakap, Ada perkara yang perlu kita cerita pada orang, ada perkara yang patut suami dan isteri saja yang tahu. Jangan terlalu bercerita pada orang luar especially kawan sebab kawan tu bila2 masa je boleh jadi musuh kita. Untuk b, terima kasih sebab sedarkan saya. Terima kasih sebab sudi tegur kesalahan saya. Maafkan saya..... 

Monday, 31 October 2016

3rd appointment LPPKN

Assalamualaikum wbt,


Hari ni 3rd appointment kitorang di LPPKN Nusa Bestari, Johor.

30/10/2016 jam 9.00 pagi.


Today kita check darah isteri pada CD21 & buat Ujian Pap Smear. Hari ni jugak should be buat Sperm Analysis (SA) husband tapi LPPKN call b4 appointment kata pekerja makmal diorang cuti, al-maklum la cuti deepavali kan... 



Appointment pukul 9.00 pagi, jumpa nurse, borak2, ambil darah untuk test tahap pregestrone and I siap request buat test untuk tahu blood group sebab I dah tak ingat blood group I hehehe. Then terus buat bayaran untuk ujian darah tu. Amount tak ingat...nanti dapat resit I update k.... nurse set date for the next appointment. Nurse pesan tak boleh bersama 3 hari sebelum appointment untuk buat SA tu. Nurse siap spesific lagi kata 6hb ni awak last bersama okeyh! haha.






Lepas tu husband tunggu luar sebab nak buat ujian Pap Smear. Buat kat bilik lain. Prosedur lebih kurang HSG bezanya x perlu tukar baju, tak perlu bukak tudung. Bukak kain dan seluar kecik tu je. Baring atas katil, tutup dengan selimut. Cover la sementara nurse buat preparation... pap smear ni nurse sorang je yang buat. Aku nervous gak. Malu nak kangkang depan nurse yang selalu kita jumpa kan... Tapi redha jela...~~~ antara permintaan mengarut, aku minta ubat bius dengan nurse. Nurse kata selama 2 tahun dia kerja aku orang pertama minta ubat bius untuk pap smear. Reaksi di macam nak tampo@nak gelak@hempok aku dengan besen!. Aku gelak aku kata bagus la nurse, mesti saya lekat dalam ingatan nurse kan. haha.... sekejap je proses nya...cuci bawah tu, masuk muncung itik, masuk berus panjang tu, godek2 sikit....masuk kan pula stik kayu tu...godek2...siap! 



Tak rasa apa pun...tahu2 siap je. Aku siap tanya eh! dah siap ke nurse?

Nurse jawab2, eh2! nak lagi ke? ee dia nii......haha..aku pun gelak. 


Masa nak keluar bilik tu, I perasan mesin timbang. Teringat yang diri ni dah lama benor tak menimbang berat. Minta permission nurse untuk guna penimbang. Siap ajak husband lagi untuk timbang berat dia sekali. Wife 56.6 kg - husband 73.6 kg tak silap. Pengsannnn!!~~~~




Tarikh next appointment:



10/11/2016  (Khamis)



8.30 pagi - Sperm Analysis (SA)

10.00 pagi - Jumpa doktor

*Result Pap Smear.




*Result Blood Test D21 & Blood Type.

Wednesday, 19 October 2016

2nd appointment LPPKN tapi di Columbia Asia - HSG

Assalamualaikum wbt,


Hari ni hari yang ditunggu-tunggu untuk kerisauan yang melanda hati I sejak sekian lama. I kadang2 pernah terfikir yang fallopian tube I ni tersumbat ke so that sperma laki I tak dapat sampai ke destinasi sepatutnya. Urm...hari ni jawapannya.



Tarikh: 18/10/2016 (Selasa)

Masa: 2.30 petang
Tempat: Hospital Columbia Asia, Nusajaya, Johor Bahru

Pagi2 lepas breakfast kat rumah, I telan panadol 4 biji yang nurse LPPKN bagi sebagai ubat tahan sakit. Dia suruh makan 1/2 jam b4 sampai hospital, tapi I telan 1 jam b4 sampai hospital. Malas nak makan masa dalam kereta. So makan masa kat rumah sebelum gerak.


Sampai je hospital dengan bantuan Waze & Google Maps (sampai 2 ko hado?) haha. Then parking tak ada...husband suruh I turun kereta and pergi daftar dulu while dia pi cari parking. 






Sampai kaunter I pun buka ayat. Assalamualaikum cik, (sebab nampak muda lela) saya ada appointment untuk buat HSG di sini hari ni.

Nurse: ada buat appointment?
Aku: ada. sambil hulur borang yang nurse dari LPPKN tu bagi.
Nurse: minta IC.


Then tunggu la about 2 or 3 minutes untuk didaftarkan, husband pun dah sampai kat sebelah. Lepas siap nurse pulang kan your IC beserta medical card. (siap ada medical card uuu....)




Ok now follow nurse ke bahagian radiology......I tunggu almost 45 minutes sebelum nama dipanggil. sempat lah gi balik toilet 2 kali. nervous barangkali~~~ haha


Bila nama dipanggil, I tanya nurse, husband boleh ikut masuk tak? dia kata x boleh puan. I tanya lagi duduk situ pun tak boleh? sambil tunjuk bangku panjang kat dalam tu. dia kata maaf puan. tunggu luar je boleh. haha. degil kan I? :P



Nervous gak kat dalam tu, dari x-ray kaki, tangan, perut, dada, rahim, kepala semua ada. Nurse suruh I duduk kat satu bangku tu. Then dia explain how was the procedure will going on. Dia tanya dah kahwin berapa lama? ada bersama dalam masa terdekat?



Tunggu about 5 minutes, then dia panggil masuk bilik x-ray. Suruh bukak "semua kecuali bra" (kang terjojol pulak tett) hahahaha....tudung pun I bukak. tapi I dah tanya staff nurse tu doktor perempuan kan? tak ada orang lelaki kan? ye puan. saya dan doktor perempuan sahaja.. ok selamat! pakai pakaian yg tergantung kat situ. Ala macam baju nak operation tu. warna pink, tali kat depan, lengan pendek, labuh paras lutut. ko nak labuh2 buat apa, jap lagi di singkap jugakkk... huhuhu



Then baring kat katil sambil terkangkang...pandang atas ada machine macam "robot" tergantung atas tu. ko tenung jela sampai mati robotcop tu. haha



I malu sebenarnya....tapi fikir nak anak punya pasal, lautan api sanggup ku redahi, ini kan pula terkangkang depan orang. ahhh redah dan redha kan aje la....



Doktor masuk, dengan 1 troli kelengkapan perang dia. I perati je doktor tu. Dia baik..doktor perempuan melayu. nurse pun sama. Doktor tak bercakap pun dengan I, nurse yang jadi juru "bahasa" nya. 



Dialog nurse: Ok sekarang doktor cuci dulu yer....ok sekarang doktor masukkan muncung itik...ok sekarang doktor masukkan ubat....tarik nafas....lepas perlahan2....jangan angkat punggung...jangan kemut...jangan meneran....tarik nafas....lepas perlahan2....tarik nafas....lepas perlahan2....tarik nafas....lepas perlahan2....*repeated dialogue. actually ia sgt2 membantu supaya kita 'kurang' rasa senak.



Lepas dorang masukkan dye tu, dorang keluar sebab monitor x-ray tu kat luar. Aku pulak menahan kesakitan macam period pain tahap dewa. rasa macam nak mengepak pun ada...rasa macam nak mengerekot pun ada....mengerekot? bahasa aku, tak paham sudah! :P



Dari 1st masuk dye - posisi kangkang baring - tarik nafas....lepas perlahan2, masuk dye - posisi mengiring ke kiri sikit - tarik nafas....lepas perlahan2, masuk dye - posisi mengiring ke kanan - tarik nafas....lepas perlahan2. Bila doktor puas hati. Ok done! Senak derr....... gigil kaki aku nak bangun masa tu. macam kebas + senak perut.


Nurse bagi pad, suruh tukar baju dan pakai pad yang dia bagi. Lepas tu pergi toilet kat dalam bahagian radiology tu jugak, cuci apa yang patut dan pakai pad or pantyliner yang korang bawa sendiri. I bawa pad kot2 la berdarah banyak kan. Sat agi x berdarah pun....clear pad I.

Keluar je toilet, tunggu jap bang 2,3 minit then result x-ray pun keluar..... nurse kata nanti bawa x-ray ni ke LPPKN ye. I pun tak puas hati, aik tu je. I pun tanya...mmm nurse, macam mana dengan result nya yer...saya x faham baca bahasa medic ni. hehe. Dia kata ok puan, alhamdulillah  dua2 tube normal.... yeke? betul ke ni? alhamdulillah...syukur...terima kasih nurse.... drama x I? haha... ofkoz I bersyukur gila, gembira tak terkata. Terima kasih Ya Allah....

Keluar ke pintu Radiology tu terus nampak muka husband yang senyum and tertanya2 keputusannya. I pn senyum la, duduk sebelah dia, alhamdulillah....dua2 tiub normal...tak ada blocked... *muka bahagia. 



*atas ni result HSG saya.


Siap pergi kaunter untuk bayaran. Cost for today = RM180.00. Husband bayar. Lepas tu I jalan slow-slow macam baru lepas beranak sebab perut senak. Husband ajak singgah rumah kak long. Tapi melihat keadaan 1 time tu, kitorang cancel n decide terus balik rumah untuk berehat. 

*Resit HSG di Columbia Asia


#Next appointment di LPPKN pada 30/10/2016 jam 9.00 pagi.

Tuesday, 11 October 2016

1st appointment LPPKN

Assalamualaikum wbt,


Hari ni my 1st appointment di LPPKN. *Nervous pun ada. 



11/10/16 (Selasa) CD3



Appointment pukul 8.30 pagi so daripada Kota Tinggi we all gerak pukul 7.30 pagi. Kami sampai dalam pukul 8.45 pagi. cun2 jer.





- Pendaftaran di kaunter. Bagitau ada 1st appointment hari ni. Nurse akan minta IC suami isteri.

- Duduk lah kita di sofa sambil tengok tv. Keadaan sunyi sepi sebab ada kitorang je kat situ. Bagus! Lain rasanya berbanding masa di HUKM dulu.
- Lepas 5 minit, nurse panggil masuk bilik. 
- Nurse bagi "Kad Kedatangan" macam di bawah;




- Borak2. ramah nurse tu. nama dia Shafekah Binti Ali Talib (Jururawat Terlatih U29) hehe.
- Cerita sejarah kesihatan diri dan suami, mak ayah, papa mama dan keluarga lain.
- Untuk isteri, kena details bagitau macam mana pattern period (normal/x normal), berapa lama tempoh period, macam mana flow darah period (low, medium, heavy), period pain or not, dll.
- Untuk suami, dia tanya pernah kena sakit beguk x, pernah kena chicken pox x, pernah tiroid x, dll.... *i dont know what the connection, lupa nak tanya masa tu. hehe





- Nurse ambil darah isteri untuk uji:
  • HIV Screening
  • Syphilis Serology
  • Hepatitis Serology
  • Hormon Studies (FSH/LH)
  • Reproductive
- Nurse ambil darah suami untuk:

  • HIV Screening
  • Syphilis Serology
  • Hepatitis Serology
*Hantar ke makmal Gribbles Pathology. Result & resit, Gribbles yang akan keluarkan.




-  Masa ni should be buat Sperm Analysis (SA) skali but nurse kata kitorang overdue 1 hari, kira punya kira last bersama 4 hari lepas. terlebih 1 hari, nurse kata boleh je buat tapi result x sharp la. so we all postpone utk buat pada next appointment...
- Nurse set kan appointment dengan Columbia Asia untuk buat HSG pada 18/10/16 jam 2.30 petang (CD10). Cost = RM 180.00
- Nurse explain fasa-fasa bila datang period, bila telur matang, bila telur pecah, bila telur dirembeskan, siap tunjuk gambar rajah lagi kat dinding. *Fokus anak murid berdua ni mendengarnya.
- Nurse explain whole proses rawatan kesuburan di LPPKN...kos rawatan setiap proses....dll
- Nurse set kan tarikh appointment untuk buat HSG di Columbia Asia pada 18/10/2016 (Selasa) Jam 2.00 petang.
- Lastly after pot pet pot pet......buat bayaran pendaftaran dan kaunseling.


Cost for today:


*Nurse lakar2 untuk kitew...




psssttt.....resit asal warna hijo tapi xde sebab I dah hantar untuk claim...kuikuikui


Total = RM 198.25 sajooo... tak termasuk duit tol & minyak. hehe




#Next appointment 18/11/2016 (Selasa Jam 2.30 petang) di Hospital Columbia Asia.

Monday, 10 October 2016

Make an appointment with LPPKN

Assalamualaikum wbt,


Setelah setahun senyap dari TTC since I busy untuk pindah rumah dari Lopeng, Miri ke Holiday Park, Miri. Then, i keep sending resume and go to IV here and there until I dapat kerja di Bank Simpanan Nasional (Cawangan Negeri Johor) as Officer for Micro Loan Product. I stay Bandar Baru Uda and my husband stay dekat Miri. 



Alhamdulillah selepas dugaan yang kami tempuhi, Allah turunkan pelangi buat kami iaitu rezeki berganda. Dapat berita my husband dapat transfer kerja di Mersing, Johor and i dapat offer kerja government di Kota Tinggi, Johor. 



Now keadaan hidup dah balance. So we decide to continue our treatment. Kami pilih untuk buat rawatan di LPPKN singkatan from Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara di Nusa Bestari, Johor. Dekat tak dekat, jauh x jauh. Dalam 1 jam perjalanan dari rumah ke situ. LPPKN Sub-Fertiliti ni ada 3 tempat je dalam Malaysia iaitu KL, Johor Bharu & Ipoh. Yer...memang klinik LPPKN ni melambak tapi x semua boleh buat rawatan fertiliti okey...hadam bebetol.



Call LPPKN utk buat appointment di talian 07-5588 204.

Buka : Ahad-Khamis (Johor) 
Waktu operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang (Rehat 1.00 - 2.00 tengah hari).


Ok, step dia:



1. Call LPPKN on your 1st day of period bcoz biasanya appointment will set at your day 2 or day 5 of period.

* I call 09/10/16 (CD1) then dapat tarikh 11/10/16 (CD3)


2. Kenalkan la diri then pepandai ko lah. haha.... nurse akan tanya nama...usia perkahwinan sebab bawah 1 tahun perkahwinan dia mboh layan.... 



3. Nurse akan pesan bawa:

-----salinan sijil nikah
-----dokumen rawatan sebelum2 ni (tak kisah la kat mana pun, korang bawa je untuk rujukan doktor) kalau boleh copy siap2 sebab once ko dah bagi dorang tak pulang beb...nasib baik I dh buat copy. 
-----bawa lebih kurang RM 200.00++ untuk kos pendaftaran, kaunseling dan rawatan.


Sekian.









Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...