Thursday, 30 November 2017

Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t,


Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card di ofis. Husband suruh pergi klinik terus. Pagi2 tak ramai orang, nurse pun masih sibuk mengatur tugas selepas sarapan.

Letak buku pink di kaunter pendaftaran pada box appointment pukul 8.00 pagi then cari tempat duduk.

20 minit kemudian nama dipanggil. Nampak nurse confius sebab refer jadual kat buku tu appointment date 30/12/2017. So mommy cepat2 pergi kat nurse. (dah agak dah) sebab pagi tadi belek balik buku nak make sure betul ke appointment hari ni. tengok2 tarikh doc tulis 30/12/2017 n nurse yang set appointment pun mengikut aje la tarikh doktor tu.

Mommy explain nurse saya rasa mungkin doc salah tulis bulan kat situ sebab dia cakap datang balik klinik after 2 week sebab berat turun. Nurse pun baca description doc kat dalam buku. Ahah betul lost weight comes after 2 week.....nasib baik awak alert. bagus2..... (kembang ceq kena puji nurse) hehe.... sebab memang lekat dalam kepala otak ni kena datang klinik lagi lepas 2 minggu n dah noted siap2 kat kalendar ofis ni. 30/11/2017 Khamis 8.00 pagi.

So after dapat buku pink dari nurse, terus ke makmal untuk bagi urin sample. letak buku dalam box, bawa botol untuk kencing. result ok cantik. :)

Nurse bagi buku untuk ke bilik timbang. debar gak tunggu sini. nak tengok jugak berapa yang naik dalam masa 2 minggu ni kan.

Satgi...................................................................................

55.30 ok turun.... awak pergi Bilik 4 ye.

Masa ni tak perasan taw berat turun. Ingatkan naik 300g sebab macam ingat yang sebelum ni 55.0kg. So, husband cakap sikitnye la 300g aje....sayang kena banyak makan....blablabla.......(kena ceramah lagi)

Nak tunggu dipanggil masuk ke Bilik 4 ni punya la lama...ada la 45 minit kot. ngantok + sakit pinggang duduk lama2......

Siap2 pesan kat hubby, B, nanti u tak payah teman masuk kot sebab bilik tu macam kecik je plus 1 bilik ada 2 nurse & 2 patient. Hubby pn ok je.

Sampai nama dipanggil, nurse yang entertain kita nurse yg datang melawat kat rumah b4 this. meriah la gamaknya. hehe.
-ambik tekanan darah
-cek perut dan kaki (kot la bengkak ke)
-sesi soal jawab
-nurse print report & cari date untuk next appointment

tekanan darah was ok/normal. sebelum cek perut nurse kata 14 week selalu tak rasa lagi, satgi masa dia tekan2 perut I. Eh, dah rasa sikit la... ha tau pun, baby I besar...hehe. masa nak cek kaki, I pakai stoking panjang pulak. memang malas la nak bukak, tapi dia tekan2 jugak sambil tanya kaki bengkak x? I rasa tak nurse...masih normal setakat ni.

Sesi soal jawab ni lama sikit. I banyak tanya nurse tekanan darah I ok kan nurse? masa ambil sample urin tu apa je yang dia tengok? nurse tak cakap apa2 pun tadi. ok ke? ok ni takde pape masalah....tekanan darah awak pun ok. so far takde masalah lain cuma berat je turun sikit. habis tu nak kena datang lagi ke nurse? takyah la....sikit je turun ni.....hehe

Nurse tanya pernah minum air gula? so far tak pernah.....macam mana nak tentukan kena minum air gula tu nurse? depends pada keadaan individu ye? yup....tgk pada sejarah family...umur ibu....hb....dll....ada beberapa kriteria dia. oh......hehehe

Ok next appointment pada 28/12/2017 Khamis 8.00 pagi.

Next scan pada usia kandungan 8 bulan. Lamanya.....*kalau nak tau awal awak boleh ke private. ok nurse...

Thursday, 16 November 2017

Checkup @ 12w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t,


Hari ni was my 2nd appointment di KKIA Kota Tinggi.

16/11/2017 - 8.00 am

Plus minus 8.30 pendaftaran.

Masukkan buku pink dalam kotak appointment bertulis 8.00 am.

10 minit after that, nurse panggil untuk bagi balik buku pink tu then ke kaunter makmal untuk ujian darah dan air kencing.

..................................................................................................
Automatik keluarkan cup untuk kencing tu. cehhh...mentang2 dah ada experience. hehe

Ups! before that jangan lupa drop buku pink dalam bakul di kaunter makmal tu ye. Then baru kencing.

Dapat la dalam suku....haha. sekarang kurang minum air. nak habiskan sebotol 1500 ml sehari punya la payah. #nakmuntahsaja

Confident letak air kencing kat dalam dulang di tetingkap makmal tu then nak duduk. Tiba2 nurse panggil ni air kencing siapa ni..? Pn. Qhu... ke? hahaha....terkedek2 pergi tingkap tu semula. Ye saya nurse!

Nurse : lain kali masa letak ni, buka penutup, tunggu nurse celup then terus basuh ye....nurse tak akan basuhkan bekas tu.(dalam nada sopan ye)

Me like: oo mana saya tau...hari tu nurse suruh duduk dulu tunggu hingga nama dipanggil. hehe sengih kambing.

Nurse: oo tu mungkin 1st time datang ataupun air kencing kotor.

Me: 1st time nurse, ni my 2nd time.

Ok done! boleh basuh.

........................................................................................
Dari dalam toilet dengar nurse borak ngan husband. rupanya dia dah panggil nama I. hehehe

Kedek2 keluar..... terus duduk kat kaunter amek darah.

Nurse cucuk sikit ye...pup! terasa bagai ditusuk sembilu bisa. haha

Nurse kata eh meleleh2 pulak. macam cair je darah ni.

Me: Ah sudah...


See, banyak kan darah tu? b4 this tak macam tu pun.

................................................................................
Lepas amek darah, pergi Bilik 8 kalau tak silap untuk timbang berat badan dan amek tekanan darah.

Lama jugak tunggu turn kat sini sebab bercampur dengan timbang berat baby sekali kan. baby nak kena buka2 baju bagai. nasib mak2 tak payah. hahaha.. naye2....

Masa yang dinanti2kan telah tiba. masa timbang kat rumah dah perasan dah yang berat menurun.

Jeng3....tit tit tit....55.4 kg..... before this 58.1 kg.....

Puan, turun banyak sangat ni, kenapa puan? muntah ye?

Ahah nurse.... muntah teruk jugak.

Oh...kalau sebab muntah dimaafkan....

legaaa.....:)

* but nurse tulis dengan pen dakwat merah penurunan hampir 3 kg dalam masa 1 bulan. (u/p: doktor)

..........................................................................
Ok puan duduk dulu ye rehatkan badan. Sambil tunggu turn nak amek tekanan darah pulak.

Then tekanan darah I masa tu 116/83, nurse kata ok. tak boleh lebih dari 130. Kakak lepas I tekanan darah dia 155/93, nurse suruh rest dulu dalam 15-30 minit datang balik. tinggi sangat tu.

..............................................................................
Then ke Bilik 1 untuk jumpa doktor. Bilik Pemeriksaan Doktor 1,2 & 3.

So, weolls choose basket 1. Bilik Ketua Doktor kat situ.

Sementara tunggu tu makan biskut sambil kena tazkirah dengan husband pasal isu takmo makan ubat obimin...(malam tadi I skip a.k.a buat2 lupa sebab nak muntah nanti)...... hubby kata la lain kali bunyi je alarm untuk makan ubat tu terus fikir, "kita nak dapat anak tunggu 3 tahun, betapa struggle nya kita dalam tempoh 3 tahun tu, ubat berapa banyak yang ditelan? perut syg berapa kali dicucuk? berapa banyak masa dikorbankan? duit yang keluar? kalau tak makan ubat nanti apa jadi?""tak sayang baby ke?"......

I pun buat2 tak tau padahal mata dah bergenang dah. (dasar gembeng!)

Sedang mata bergenang2 dgn air mata sambil dalam mulut ada biskut Oat Coklat.

Tiba2 nurse panggil nama, nak tercekik jugak la dibuatnya. cepat2 minum air dulu baru masuk. heheheh

Nurse husband boleh masuk sekali tak? Boleh. :)

Nurse suruh baring untuk scan. Hubby pun menyelinap masuk dalam tirai katil untuk scan. Dia excited nak tengok baby gerak. Sebelum ni dia tak berpeluang sebab outstation. Siap pesan, B nanti snap/record video taw.... ;)

Doktor Khairunnisa dari Bilik 2 yang scan & entertain weolls sebab Doktor 1 tengah sibuk apa ntah hal dia kat PC dengan nurse lain.

Doktor: Haa tu baby...... besar dah dia......ni kepala baby....ni tangan baby...ni kaki baby....ni heartbeat baby.....

Baby pun excited sambil kicking2 time ni. Asyik keluar masuk gear.....mentang2 mak dia bawa kereta manual.... hehe.

Ya Allah comelnyerrr.....SubhanAllah tak boleh explain perasaan time tu macam mana.

Husband pn excited. Sempat rekod lagi. But time dia kicking2 tu tak sempat record.....

Doktor pn tanya betul ni tarikh last period awak. Ye betul doktor. saya catat.

Ok lah kalau macam tu saya tak ubah tarikh EDD sebab beza sikit je.

kalau sebelum ni scan kat HSI masa 8 week, EDD ikut size baby was lewat 2 hari dari tarikh sebenar EDD. But, kali ni awal 2 hari pula dari tarikh EDD sebenar. Means baby membesar dengan jayanya.....

Alhamdulillah.....syukur Ya Allah.

....................................................................
Selesai scan kami berpindah masuk ke Bilik 2.

Actually Bilik 1,2 & 3 tu bersambung antara satu sama lain....

Di meja doktor, doktor cek tekanan jantung. doktor tanya ubat obimin yang diberi sebelum ni makan x? I jawab makan doktor cuma kalau diberi pilihan untuk tak makan, saya pilih tak makan sebab nak muntah bila makan tu....*sambil pandang my husband. tadi kat luar kengkonon dia kata nak ngadu dengan doktor yg I tak nak makan ubat obimin tu. payah kena paksa sokmo. hahahah...depan doktor tak berani pun mengadu...tau pun sayang bini....kih3

Doktor tu punya nya sopan tutur katanya, dia kata takpe kalau awak tak boleh minum air kosong, tak payah la minum. air kosong bukannya sedap. minum jus ke...air buah2.... air yang awak boleh minum. but no caffeine please....

Ubat Obimin kalau U tak boleh makan, amek MALTOFER. sedap rasa coklat. Obimin pun kita dah habis stok, so awak boleh cari kat farmasi luar ye.

Betol ni sedap doktor? rasa coklat?

Ia...

Ok nanti saya beli.

Doktor bekalkan awak folid acid dan ubat tahan muntah ye...

Sepatutnya kalau berat turun banyak macam ni kita akan panggil datang lagi dalam masa seminggu, but saya bagi awak masa 2 minggu. dalam tempoh 2 minggu ni makan banyak2 ye....naikkan balik berat badan. kalau rasa nak muntah, makan ubat tahan muntah tu.

InshaAllah doktor.

Tunggu doktor record semua dalam buku pink, then settle.....

Tq doktor sebab baik sangat!
................................................................................................
Pergi kaunter Farmasi untuk ambil ubat yang dinyatakan.

Macam biasa drop buku pink dalam box n tunggu hingga nama dipanggil.

Dapat je ubat terus pergi kaunter tengah untuk set tarikh next appointment.

.................................................................................
Bagi nurse buku kita, nurse tanya 2 minggu lagi jatuh pada 30/11/2017, awak nak datang pukul berapa ni?

Macam biasa lah nurse, pukul 8.00 pagi boleh.

...................................................................................
Ok done settle urusan di KKIA on that day.


Terus pergi farmasi luar untuk cari MALTOFER then pergi makan sebab lapar sangat.

....................................................................
Sekian harap maklong.






Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...