Tuesday, 30 May 2017

TVS again on my 39th day. No period and Not pregnant!

Assalamualaikum w.b.t,

Should be my appointment on 14/5/17, tapi cancel and replace to the next day.

15/5/2017 - 8.00 pagi appointment di LPPKN.

TVS again . . .

Result?

Negative and frustrated . . .

Overall size 6mm x 6mm. Banyak! semua kecik-kecik.

Doc terus refer kes kami ke HSI setelah 2x treatment with clomid & injection gonal-f gagal.

"For the 1st cycle: Telur membesar 1 biji belah kiri: 1 biji (8mm x 8mm) dan 2 biji belah kanan: (13mm x 22mm) & (6mm x 7mm). Rujuk TVS 1st cycle untuk lebih story."

Lepas jumpa doktor, pergi jumpa nurse zaty. Bayar for the cost today and tunggu referral letter dari doktor.

Keluar je dari LPPKN, pergi minum pagi kat Larkin Bomba.

Then terus shoot ke HSI. punya lah ramai umat manusia. terus rasa stress otak.

Kaunter O&G tutup, tanya kaunter pendaftaran kat depan. Dia kata bukak je. "Eh2, takkan la saya ni buta kak....tak pandai baca. papan tanda besar "KAUNTER TUTUP".(dalam hati)"

Akak tu jawab dengan baik, maka saya pun turut bersopan sama. Dia bantu call unit berkenaan. "ohh....diorang tengah meeting puan, puan boleh tunggu kat sana, nanti ada staff datang."

tik tok tik tok tik tok . . . . . . .      (30 minit berlalu)

masih "KAUNTER TUTUP" walaupun ada 2,3 orang nurse touch n go kat kaunter tu.

Ok. masuk nurse yang ke-3 touch n go, berlalu depan seat aku, terus aku bangun dan merapati, "puan2, (dia buat2 x nampak je mula2) (bohong dia x boleh baca pergerakan aku nak ke arah dia) saya nak tanya, kaunter 4 tu tutup ke?"
"xlah, bukak je."
"habis tu saya tengok tutup, kena tunggu ke?"
"hah, tunggu lah!"
dalam hati aku, k#$&k la nurse ni.

B.E.N.G.A.N.G

tu je dalam hati. ok sabar. tunggu lagi kat seat.
15 min later, nurse td kembali ke kaunter. duduk. masih papan tanda "KAUNTER TUTUP".

Aku & husband ni xberani lagi nak ke kaunter yang tutuo tu. yela....kot2 la dia belum ready nak OPEN kan....ok tunggu lg 15 min. dia masih buat2 sibuk mengadap PC. Maka, keluarlah dialog.

"B, apa kata awak pergi tanya dia, awak ni penyabar lebih sikit daripada saya."(aku tau aku mudah hilang sabar dengan orang kurang ajar macam tu)
Husband kata kejap. Mungkin tunggu lagi beberapa minit. Dek kerana hormat & tahu baca makna papan tanda "KAUNTER TUTUP".
After 3 times aku suruh husband pergi plus dia x tahan tengok aku x senang duduk. yela... ini hari kerja, aku ambik time-off je dik nonnnnn.....

Husband: "Jom kita pergi sama-sama".

Sampai depan kaunter, husband mula bicara. "Puan, tumpang tanya kaunter ni buka ke tutup?"
Nurse: Buka lah. Kenapa?
Husband: Abis ni papan tanda KAUNTER TUTUP ni apa?
Nurse: Oh, tu tak guna. Ada apa??

Kami dalam hati, B.I.A.D.A.P!!! nya dia ni...

Husband: Kami bawa referal letter daripada LPPKN (sambil hulur surat dalam envelope)
Nurse: Sampul ni tak pakai. (pulang balik ke kami)

Eh2, eeeeeee dia ni....kalau x pakai buang jela dol.....aku pun x batak la sampul surat tu. berbudi bahasa ler sikit.. argggh! stress aku ingat balik kejadian tu.

Nurse: tunggu kejap. (sambil berlalu pergi bawa surat tu jumpa doktor)

Kami: terbangak sekejap. fine. duduk balik kat seat.
Wife: kurang ajar nya dia tu....senyum x, muka masam, bahasa kasar. sabar jela.
Husband: tu BIADAP namanya. lupa nak tengok nama dia, nak aje buat report to management!
Wife: ahah la kan.

5-10 minit later,

Dia panggil aku depan khalayak ramai, Pn. ----?
Aku terus pergi kat dia. Serah balik surat tadi yang bercop tarikh next appointment.

Tu je?

No explanation at all.

1 jam aku tunggu hanya untuk dapatkan tarikh appointment plus hati sakit dek kerana nurse BIADAP tadi tu?

Ni lah antara satu faktor yg menyebabkan aku tak suka pergi hospital kerajaan. Walaupun tak semua hospital kerajaan dan nurse berperwatakan sedemikian.

Settle hal di Kaunter 4, HSI.

Nak balik tayar pulak pancit.

Dah tukar tayar spare, tayar spare pun pancit.

D.U.G.A.A.N.

Panjang ceritanya pasal kejadian tayar pancit ni. Next time lah cerita. Tengah takde mood ni.


Checkup @ 14w 2d pregnancy.

Assalamualaikum w.b.t, Kembali semula ke KK sebab berat mommy drop 3kg last month. Hari ni tepati waktu sampai tak nyempat nak punch card...