12/02/2017 (Ahad) kami ke LPPKN semula untuk cek samada telur I dah matang atau belum.
Appointment pukul 11 tapi kami sampai lewat dalam pukul 12.00 tengah hari sebabnya pergi pejabat negeri dulu selesaikan urusan kerja suami hampir 2 jam. Penat hakak menunggunya... sampai-sampai je terus mintak maaf pada nurse n doctor sebab terpaksa menunggu kitorang. hehe
Nurse suruh kencing dulu sebelum buat TVS. Dengan husband2 I sekali ikut gi kencing. Macam lah nak TVS dia. hahaha
Jumpa doktor, terus pergi bilik scan. Buka underwear sahaja. Dinasihatkan sesiapa nak gi buat TVS pakai lah kain skirt macam I...xperlu la bukak seluar or singkap selabuh2 dress/jubah ye. Dia bagi 1 blanket untuk cover your leg sebab kain dah tersingkap kan.....so posisi atas katil macam nak beranak gitu.... mula doktor tanya macam mana injecton gonal-F hari tu? ok? aku gelak then jawab ok. mula2 je takut... doktor kata siap gelak dulu tu baru jawab. haha. then doktor borak2 ngan nurse pasal anak staf yang main2 kat luar tu, I pun masuk campur skali borak sebab nurse eka kata budak tu tak nak kat orang, tapi tetiba melekat peluk dan pegang tangan husband I. tengah aku gelak terus suppp... masuk benda alah tu. haha....pandai doc alih perhatian patient.
Keputusan dari ujian TVS hari ni aku hanya ada 3 biji telur....1 biji belah kiri: 1 biji (8mm x 8mm) dan 2 biji belah kanan:
(13mm x 22mm) & (6mm x 7mm).... doc kata ni yang 2 biji ni telur degil ni,....tak nak membesar. So, ada 1 je. Ok settle. Nurse bagi tisu untuk lap saki baki gel dari alat TVS tadi.
Duduk kat meja doktor, doktor bagitau husband hanya ada 1 biji je telur matang..... masa husband tunggu kat luar dia tak putus berdoa minta pada Allah supaya ada telur untuk kami jalani proses IUI. Namun malangnya, untuk jalani perlukan sekurang-kurang 2 biji telur yang matang supaya doc boleh pilih yang terbaik dan tingkatkan kebarangkalian. Doc kata IUI tak dapat diteruskan kerana I hanya punya 1 telur yang leper tak bulat which is (13mmx22mm)...doc suruh kami try secara normal a.k.a separa IUI sebabnya kami dah jalani 80% proses IUI. Doc sarankan supaya telur yang matang tu dipecahkan dengan bantuan ubat. Sebab telur2 I sebelum ni tak mo pecah sendiriii...T_T.
Tepat jam 12.30 tgh hari nurse eka suntik perut I sebelah kiri pusat dengan suntikan pregnyl 5000iu...sakit lagi nurse cucuk daripada laki aku. huk2.... husband cucuk gonal-f sopan santun pun rasa sakit. Eka cucuk relax je tanpa perasaan. Sakitnya hanya aku dan tuhan yang tahu.
Doc pesan telur akan pecah dalam tempoh 36 jam kemudian, which means cucuk pukul 12.30 pm pada 12/2/2017 maka pada ber'bd' lah kamu dengan sesungguh-sungguhnya pada jam 12.30 am pada 14/2/2017 ataupun pada 13/2/17 tengah malam....
Lepas cucuk tu, kami borak2 sambil tunggu nurse keluarkan resit, time slip, buat payment, surat perakuan dll. Kami beli lagi profotil untuk husband walaupun husband dah makan surbex. Biar anak-anak sperma kami cergas, cerdas, aktif, dan berdaya saing. hehehe
Kos untuk appointment kali ni,
- Consultation doctor: RM 10.00
- TVS: RM 20.00
- Suntikan Pregnyl: RM 45.30
- Profotil: RM 100.00
Total that day:
RM 175.30
Balik2 tu kami bincang dalam kereta. Husband kata kita kena all out ni baby. Takpe, jom kita beli makanan2 yang bagus untuk u & i. I keluar duit i. So kami ke tesco tebrau beli kekacang (walnut, hazulnut, macadamia n cashew nuts), fresh milk, berries (blueberry & strawberry) n roti wholemeal. I teruskan rutin I minum susu kambing lazz n makan telur ayam kampung.
Kami usaha selagi mampu.
Ya Allah berkatilah usaha kami....makbulkan lah doa kami Ya Allah....amin ya rabbal al-amin.